Bedak Kusyen Ini Tahan Sehingga 16 Jam

Seperti pengalaman penulis kecantikan EH!, Nani mencuba sendiri bedak kusyen ini. Teksturnya ringan dan liputannya kekal sepanjang hari. Tidak perlu diulang pakai kerana sebaik menyapunya, kulit tidak berminyak atau warna bedak berubah. Sapuan lebih mudah dan rata.

 

 

Formula utama bedak kusyen dari Dior ini adalah dengan memberi hasil solekan yang pusam dan tampak segar. Dengan intipati cecair yang ringan, solekan yang dioles pada wajah  akan meliputi secara  menyeluruh malah selesa digayakan sepanjang hari.

 

Sebut tentang sepanjang hari pastinya anda teruja kerana bedak kusyen terbaru  ini mampu bertahan sehingga 16 jam, jadi anda tidak lagi perlu risau jika ia pudar atau perlu touch-up setiap masa.

 

 

 

 

Tidak seperti jenama lain, Dior menghasilkan satu bedak yang mampu bertahan dari pagi hingga malam, dengan teknologi  ‘Colour-Lock’ warna bedak tahan berpanjangan walau jika anda berhadapan dengan keadaan cuaca yang berbeza-beza atau ekstrem. Begitu juga dengan ‘Poreless Effect’ yang mana memberi hasil solekan tampil lebih kemas dengan tekstur kulit yang sempurna.

 

Hadir dalam 6 jenis warna, Diorskin Forever Perfect Cushion boleh didapati pada harga RM210 (set bekas bersama 15g pek isi semula dan puff aplikator) / RM155 untuk pek isi semula 15g

 

The post Bedak Kusyen Ini Tahan Sehingga 16 Jam appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment