5 Item fesyen ‘penyelamat’ yang anda perlu ada

Pasti ada diantara kita yang masih tidak tahu maksud item ‘penyelamat’. Ianya digelar item penyelamat memandangkan kelompok helaian ini adalah item yang mudah untuk disuai padankan meskipun pada saat-saat akhir. Jika anda mempunyai masa yang suntuk untuk mencari pakaian yang sesuai, helaian ‘penyelamat’ ini mungkin menjadi pilihan paling selamat bagi melengkapkan gaya anda. Jom kita lihat item penyelamat yang anda perlu ada.

 

Kemeja putih

Image result for kemeja putih

Samaada ianya bersaiz longgar atau mengikut bentuk badan, kemeja putih amat serasi disuai padankan dalam apa juga acara yang ingin dihadiri dan ianya boleh digayakan bersama denim, skirt mahupun seluar.

Legging hitam

Image result for legging hitam

Seluar berfabrik kapas berwarna hitam yang mengiku bentuk kaki sememangnya perlu ada dalam gerobok anda. Ianya bersifat ‘timeless’ dan mudah untuk digayakan bersama helaian kemeja bersaiz besar, baju- T, kardigan labuh ataupun baju panas berlengan.

Kardigan

Image result for kardigan

Kardigan hadir dalam pelbagai jenis fabrik dan corak. Samada ianya bersifat ‘berterbangan’ mahupun fabrik kapas tebal sesuai digayakan untuk musim sejuk. Sarungkan helaian kardigan untuk menaikkan seri gaya anda.

Jaket

Image result for jaket perempuan berbulu

Meskipun jaket dan kardigan tergolong dalam kumpulan yang sama namun, jaket menghasilkan penampilan yang lebih bersifat ranggi dan versatil. Tidak kira jaket berfabrik denim atau kulit, sekiranya anda perlu menghadiri majlis keraian pada saat akhir, sarungkan helaian jaket berfabrik kapas berbulu bersama skirt pensil dilengkapkan dengan sepatu tinggi. Hasilnya cukup menawan!

Seluar berwarna hitam

Image result for seluar hitam wanita

Tidak kira ianya potongan skinny ataupun lebar, seluar berwarna hitam bebas digayakan untuk apa juga top yang anda ada. Gayakan dengan sepasang but atau sneakers, itu terpulang ikut kesukaan anda.

 

Sumber gambar : Google

The post 5 Item fesyen ‘penyelamat’ yang anda perlu ada appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment