Gambar: INGimage
Menempuhi alam perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kerjasama dan tolak ansur dari suami dan juga isteri. Walaupun usia perkahwinan sudah berpuluh tahun, tidak salah jika sekali-sekala anda melakukan perkara yang romantik untuk menambat hati pasangan anda.
Jelita kongsikan 49 teknik yang boleh digunakan untuk menambat hati pasangan anda. Tidak salah untuk mencubanya.
1. Apabila berbual, bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan berbaring dia atas ribaan.
2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukan kerja pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawanya semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Mengemas tempat tidur umpama baru berkahwin.
8. Ceritakan mengenai kerenah anak yang membuat anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin.
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemuinya.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran dengan pasangan.
14. Salam/ peluk/ cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.
18. Berkelah bersama pasangan
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat ( tanpa pengetahuannya ).
20. Berkelah sesekali.
21. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
22. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajat.
23. Nyatakan yang anda merinduinya apabila berjauhan.
24. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
25. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
26. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
27. Maafkan pasangan jika dia terlupa berbuat sesuatu untuk anda.
28. Minta maaf dengan segera jika melukakan hatinya.
29. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggan membantu.
30. Apabila suami meminta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
31. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
32. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hlang atau tersilap letak.
33. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak menggemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
34. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
35. Jangan menggesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
36. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri ‘bersyarah’ panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya kepada suami.
37. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
38. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami. Kebanyakan suami kurang bercakap dengan isteri.
39. Jangan cabar pasangan.
40. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pada masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
41. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa.jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
42. Jangan ingkar mengenai perkara yang sudahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda mengatakan persetujan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
43. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran untuk memahami isteri.
44. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeru, isteri perlu membaca perlakuan suami yang menujukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, ‘action speaks louder than words’.
45. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan menjadi rimas dan serba salah.
46. Untuk merangsang suami, pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
47. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bagi suami, itu satu kelemahan.
48. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
49. Selepas berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dan akhirat.
The post 49 Teknik Tambat Hati Pasangan Anda appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment