10 Petua Tradisional Untuk Kecantikan Dan Kesihatan

Kecantikan dan kesihatan adalah perkara utama dalam hidup kita. Ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit dengan membeli produk-produk kecantikan dan kesihatan. Namun tidak semua produk-produk ini dapat memberikan keputusan yang anda inginkan. Kadang-kala, rawatan secara tradisional ternyata lebih berkesan dan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan diri. Jadi dari anda menghabiskan duit pada produk yang belum tentu berkesan, anda boleh cuba menggunakan cara tradisional yang tidak memerlukan belanja yang banyak.
 
Jelita senaraikan 10 petua tradisional yang baik untuk kecantikan dan kesihatan anda.
 
Kesihatan
 

 
Rawat Gusi Bengkak

Masalah gusi bengkak boleh diatasi dengan dua bahan ini iaitu lada hitam dan minyak bunga cengkih. Caranya adalah dengan menyapukan minyak bunga cengkih dengan sedikit lada hitam pada kawasan gusi yang bengkak. Cara ini berkesan untuk meredakan rasa sakit yang dialami.
 

 
Rawat Penyakit Diabetes

Peria dikatakan dapat membantu meringankan masalah diabetes. Peria dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah ke tahap normal. Rasa pahit peria menjadi insulin yang dapat meringankan penyakit diabetes. Selain itu, kandungan anti-diabetes yang terdapat dalam peria dapat membantu menyembuhkan diabetes. Bagi penghidap diabetes adalah sebaiknya jika mengamalkan jus peria secara rutin.
 

 
Rawat Sakit Dada

Sakit dada boleh dirawat dengan halia, telur ayam kampung dan madu lebah tulen. Caranya mudah sahaja. Tumbuk lumat beberapa ulas halia dan perahkan airnya. Asingkan telur putih dan telur kuning ayam kampung. Ambil telur kuning sahaja. Campurkan semua bahan dengan madu lebah tulen dan kacau rata. Amalkan minuman ini setiap pagi sebelum sarapan.
 

 
Rawat Sakit Tekak

Ambil beberapa keping asam gelugur dan bakar sehingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Sapukan campuran pada bahagian tekak yang sakit. Ini adalah petua mudah untuk menghilangkan sakit tekak.
 

 
Rawat Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis dan biarkan bawang itu semalaman. Hirisan bawang akan tertanggal sendiri apabila mengering dan sakit kepala anda akan beransur hilang. Pelipis anda akan bertukar warna kepada merah kehitaman tetapi ia akan mengelupas dalam sehari dua.
 
Kecantikan
 

 
Hilangkan Jerawat

Salah satu petua tradisional untuk menghilangkan jerawat adalah dengan menggunakan masker telur putih. Asingkan telur putih dan telur kuning dan campurkan telur putih dengan air perahan limau nipis. Pukul campuran sehingga berbuih kemudian sapukan pada wajah. Biarkan beberapa saat sebelum dibasuh dengan air bersih. Selain daripada menghilangkan jerawat, masker ini juga membantu mencerahkan wajah.
 

 
Atasi Masalah Uban

Antara masalah yang paling takut wanita hadapi adalah masalah uban. Masalah uban ini boleh berlaku pada yang masih muda. Ia disebabkan oleh akar rambut yang bermasalah. Daun kari dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah uban. Campurkan satu sudu minyak kelapa dengan sengenggam daun kari. Masak pada apu sederhana sehingga daun kari hangus kemudian sejukkan pada suhu bilik. Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.
 

 
Lentikkan Bulu Mata

Lentikkan bulu mata secara semulajadi tanpa menggunakan maskara ataupun bulu mata palsu. Caranya sangat mudah, ambil daun lidah buaya dan sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Amalkan selalu sehingga bulu mata semakin lentik.
 

 
Atasi Masalah Wajah Berminyak

Daun sup bukan sahaja membantu untuk menyedapkan masakan tetapi juga dapat membantu mengatasi masalah wajah berminyak. Didihkan dua gelas air dalam periuk kecil dan masukkan daun sup yang telah dipotong kecil dan rebus selama 15 hingga 20 minit. Angkat dan sejukkan. Sapukan pada wajah. Biarkan sehingga air rebusan itu benar-benar meresap dan kemudian bilas dengan pembersih muka.
 

 
Hilangkan Parut

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk dan gaul sehingga sebati. Sapu rata campuran pada bahagian yang berparut. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga parut beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.

The post 10 Petua Tradisional Untuk Kecantikan Dan Kesihatan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment