Ia adalah satu perkara yang menghampakan pabila bau haruman yang kita gunakan tidak kekal lama sepanjang hari.
Gambar : Shutterstock
Hakikatnya, bau minyak wangi boleh kekal lama jika anda tahu cara atau triknya. Umum tahu yang mana harga sebotol wangian selalunya agak tinggi, bergantung pada jenis kandungan yang digunakan serta jenama yang dipilih.
Jadi, sudah pastinya anda mahukan ia kekal lama sepanjang hari di tubuh sendiri bukan? Ini caranya untuk pastikan bau haruman kekal segar sepanjang hari.
1. Jangan simpan minyak wangi di dalam kamar mandi atau tempat yang lembap dan panas.
Suhu panas, cahaya dan lembap boleh merosakkan aromanya dan ia sekaligus mengurangkan lagi kualitinya. Simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering, dan jauhkan dari tingkap.
2. Gosok Vaseline di titik nadi pada pergelangan tangan sebelum sembur minyak wangi anda.
Bahagian kulit yang lembap boleh memanjangkan bau wangian pada kulit lebih lama berbanding jika anda semburkannya pada permukaan kulit yang kering.
3. Sembur haruman sejurus selepas mandi dan sebelum bersiap.
Lembapan pada kulit boleh membantu untuk mengekalkan bau haruman. Ini juga boleh mengelakkan barangan kemas atau pakaian anda menjadi pudar dek kerana parfum.
4. Jangan gosok wangian pada pergelangan tangan selepas menyemburnya.
Jika anda gosok antara pergelangan tangan anda, ini akan menyebabkan nota utama pada wangian hilang dengan lebih cepat dari yang sepatutnya dan ini membuatkan bau haruman anda tidak kekal lama.
5. Semburkan haruman pada titik nadi dan bahagian tubuh yang berhaba.
Untuk menjadikan aroma minyak wangi kekal lama, pilih beberapa target bahagian pada tubuh. Bahagian tubuh yang berhaba membantu untuk menyebarkan aromanya ke seluruh tubuh. Menyemburkan minyak wangi pada bahagian buku lali dan betis membolehkan bau wangi itu segar sepanjang hari.
Wangian pilihan EH!
212 VIP Rosé Carolina Herrera
Membawakan aura glamor, elegan dan fun kepada si pemakai, haruman terbaru dari Carolina Herrera ini turut mampu menambah daya tarikan menggoda serta lebih emosi. Dengan esen Champagne Rosé, bunga pic, dan queen wood, ia ternyata satu haruman yang segar, feminin dan sensual. Wangian terbaru yang mampu memikat hati ramai ini direka dengan botol kaca seakan kapsul dengan efek degrade dalam rona merah jambu matte. Ia hadir dalam saiz 80, 50 dan 30 ml.
The post Trik Pastikan Bau Minyak Wangi Tahan Lama appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment