Tip Solekan Untuk Menutup Lingkaran Gelap Bawah Mata

Lingkaran gelap di bawah mata pasti akan buatkan wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Ini sering terjadi jika anda kurang mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. JELITA kongsikan dengan anda teknik solekan yang betul bagi menutup lingkaran gelap bawah mata.

  1. Gunakan primer sebagai asas sebelum memulakan solekan untuk melindungi kulit anda. Sapukan rata pada keseluruhan wajah dengan menggunakan span.
  2. Gunakan bedak asas yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda. Sapukan rata pada wajah dan mata anda. Bedak asas jenis cecair mudah untuk diadun dengan rata.
  3. Sapukan penyamar noda pada bahagian bawah mata. Pilih rona penyamar noda yang sedikit cerah daripada rona kulit anda.
  4. Untuk kemasan yang natural dan tidak berat, oleskan dengan lembut bedak polos pada keseluruhan wajah.

Tip Yang Anda Boleh Cuba! 

  • Ambil uncang teh yang telah disejukkan dan letakkan di atas kedua-dua belah mata dalam posisi berbaring. Pejam mata seketika. Selepas kira-kira 10 minit, basuhkan muka seperti biasa.
  • Sapukan krim pelembab ke muka anda. Pelembap wajah yang mengandungi teh hijau atau ekstrak timun mampu memberi kesegaran kepada kulit wajah.
  • Elak melukis di bawah mata kerana ia akan membuatkan bahagian mata kelihatan lebih sembab

The post Tip Solekan Untuk Menutup Lingkaran Gelap Bawah Mata appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment