Keterujaan melalui fasa hamil kadangkala terganggung dek kerana memikirkan mengenai proses melahirkan yang menyakitkan. Ada yang menganggap proses itu terlalu mengerikan disebabkan sakit yang ditanggung terlalu serius. Disebabkan tidak mahu mengalami semua itu, ramai wanita hamil berikhtiar pelbagai cara bagi mengurangkan kesakitan yang bakal dihadapi serta memudahkan proses bersalin.
Antara yang dilakukan ialah:
Persediaan mental dan rohani.
Perbanyakkan membaca al-Quran, perbanyakkan zikir dan berdoalah minta dipermudahkan segala urusan. Jadikan dia Nabi Yunus sebagai amalan terutama sewaktu sedang sakit bersalin. Cara ini membuatkan si ibu menjadi lebih tenang dan yakin dalam melalui proses ini dengan mudah dan cepat.
Minyak kelapa dara
Ini salah satu cara untuk memudahkan proses bersalin. Amalkan mengambil minyak kelapa dara atau VCO sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul sepanjang tempoh hamil atau bermula pada trimester ketiga. Ia bukan sahaja memudahkan malah dipercayai mampu melawan sebarang jangkitan.
Telur ayam kampung
Pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu sewaktu proses bersalin terutama ketika meneran. Caranya, pecahkan sebiji telur ayam kampung ke dalam secawan air milo. Kacau sehingga sebati dan minum setelah tanda-tanda hendak bersalin dapat dirasa atau kelihatan.
Amalkan gaya hidup aktif
Menurut Dr Zaharuddin Bin Rahmat @ Mohd.Rawi, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Kanser Wanita (Gineonkologi), Klinik KL Ginaecologist @Gleneagles Medini, tiada makanan istimewa yang boleh memudahkan proses kelahiran bayi. Penambahan berat badan yang berlebihan ketika hamil berisiko mempunyai bayi yang lebih berat yang menyukarkan proses kelahiran.
Aktiviti fizikal boleh membantu mengawal berat badan. Berjalan dan berenang selama 30 minit sehari adalah aktiviti yang sesuai untuk wanita hamil. Wanita hamil yang aktif bukan sahaja mempunyai berat badan yang ideal ketika hamil malah mereka mempunyai otot yang kuat terutamanya otot pelvik. Wanita seperti ini biasanya cergas dan bertenaga ketika sedang bersalin. Selalunya mereka akan melalui proses kelahiran yang lebih mudah.
The post Tip Memudahkan Proses Bersalin appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment