Tip Hasilkan Stik Terbaik

Hidangan stik di restoran lazimnya sentiasa menepati selera, tetapi apabila dimasak di rumah ada sahaja yang tidak kena. Mari pelajari teknik betul untuk menghasilkan stik terbaik.

stik

Tidak mustahil untuk anda dapatkan stik lazat yang dimasak sempurna di rumah jika tahu teknik yang betul. Kebiasaannya saya akan menggunakan termometer dan saya syorkan ETI Thermapen untuk mengetahui tahap masak sesuatu hidangan stik. Berikut adalah suhu aras petanda masak stik mengikut pilihan anda:

  • 52 darjah celsius (rare)
  • 57 darjah celsius (medium rare)
  • 63 darjah celsius (medium)
  • 66 darjah celsius (medium well)
  • 71 darjah celsius (well done)

Tetapi saya juga mencadangkan anda untuk mencuba satu tahap masak di bawah keinginan biasa. Ramai yang menyukai daging mereka well done, jadi saya akan mencadangkan mereka memilih stik medium well.

Tip lain yang boleh dicuba ketika memasak stik adalah alihkan daging beberapa kali ketika memanggang. Dengan berbuat demikian, akan mengurangkan kesan garis terbakar pada daging. Hasilnya adalah daging masak sempurna pada luarnya dan bahagian dalam kekal dengan isi merah jambu yang masih berjus.

Selain itu, perapkan daging dengan garam halus lebih kurang 10 minit sebelum memasak dan biarkan di dalam peti sejuk. Teknik ini akan mengeringkan bahagian luar daging dan menjadikannya perang dengan baik kala dimasak. Taburkan sedikit garam laut dan lada hitam sebagai penyudahnya.

Tip oleh: Chef Nik Michael, Chef Selebriti 

The post Tip Hasilkan Stik Terbaik appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment