Tip Berguna Untuk Menyelamatkan Nyawa

ing_39524_02335

Gambar: INGimage


 
Peraturan keselamatan itu amat penting ketika berada dalam situasi kecemasan, Walaubagaimanapun, kadang-kadang tanpa sedar anda dapati diri anda berdepan dengan situasi yang tidak dijangka yang membuatkan anda keliru dan tidak tahu apa yang perlu anda lakukan.
 
Jelita senaraikan beberapa tip berguna untuk menyelamatkan nyawa sebagai peringatan untuk pembaca yang dapat membantu dalam menangani sebarang masalah yang tidak dijangka.
 
Jangan menggunakan telefon bimbit ketika sedang berjalan.

Sedar atau tidak, perkara ini yang sering dilakukan oleh pejalan kaki. Berjalan sambil menggunakan telefon bimbit adalah kombinasi yang sangat berbahaya. Ini kerana otak kita tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya ketika anda menggunakan telefon bimbit ketika sedang berjalan. Hal ini boleh menyebabkan anda kehilangan jejak persekitaran anda dan anda juga boleh menjadi ‘buta’ kepada segala bahaya di persekitaran anda sebagai contoh sebuah kereta yang memandu laju yang datang secara tiba-tiba atau pun anda boleh jatuh ke dalam longkang.
 
Belajar Heimlich Maneuver
 
Pihak medik menggalakkan semua orang untuk mempelajari heimlich maneuver. Ia terbukti penting untuk menyelamatkan nyawa sendiri atau nyawa orang lain daripada tercekik. Anda cuma perlu ikut tindakan ini:

  • Meletakkan genggaman tangan anda, ibu jari tangan sebelah dimasukkan ke dalam di atas pusat mangsa.
  • Genggam penumbuk dengan tangan sebelah lagi dan gerakkan ke atas, kenakan tekanan yang kuat pada tulang rusuk mangsa.
  • Ulang perbuatan menekan dan melepaskan perut mangsa sehingga objek yang tersekat di saluran udara mangsa terkeluar.
  • Jika objek itu masih tidak keluar, sandarkan mangsa pada meja, kerusi, atau dinding dan tekan perut mangsa atas sedikit daripada pusat untuk menghasilkan tekanan menaik dan ulangi perbuatan itu sehingga objek itu dikeluarkan.

 
Bawa Pil Anti Alahan (Antihistamin)

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bagi anda yang mempunyai alahan, jangan lupa bawa bersama pil anti alahan anda ke mana sahaja anda pergi. Ini bukan sahaja dapat membantu nyawa anda tetapi juga nyawa orang lain. Sebelum pergi bercuti, jangan lupa masukkan pil anti alahan ke dalam bagasi anda.
 
Bawa Dokumen Identiti Diri Dan Maklumat Perubatan

Pastikan anda sentiasa membawa kad pengenalan atau ID anda ke mana sahaja anda pergi. Jangan lupa bawa sekali maklumat peruabatan (seperti jenis darah, alahan dan lain-lain lagi). Ini akan memudahkan segala urusan jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku pada diri anda. Jangan lupa untuk masukkan sekali nombor telefon kenalan peribadi atau keluarga yang perlu diberitahu sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
 
Bawa Lampu Suluh Yang Kuat

Mungkin perkara ini tampak remeh namun ia sangat membantu terutama untuk kaum wanita. Pakar keselamatan peribadi mengesorkan lampu suluh sebagai senjata berkesan untuk kes ugutan dan serang hendap secara tiba-tiba. Sekiranya anda mendapati seseorang yang mencurigakan  sedang mengekori anda ataupun sudah bersiap sedia untuk menyerang anda, halakan lampu suluh tepat ke mata penyerang, Ini akan membuatkan penyerang anda keliru dan sekaligus memberikan anda waktu untuk melarikan diri.
 
Berhati-hati di dalam pesawat terutamanya dalam tempoh tiga minit selepas berlepas dan lapan minit terakhir sebelum mendarat

Menurut kajian, 80% nahas kapal terbang berlaku  semasa tempoh tiga minit berlepas dan lapan minit terakhir sebelum mendarat. Pastikan anda sentiasa berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada apa yang perlu anda lakukan sewaktu kecemasan.
 
Jika terperangkap dalam kebakaran, pastikan anda merangkak di tanah

Ancaman paling besar sewaktu kebakaran adalah asap karbon monoksida. Untuk mengelakkan terhidu bau asap beracun, elakkan dari berdiri sebaliknya anda boleh merangkak di tanah sehinggalah anda jumpa jalan keluar.
 
Jangan panik

Perkara paling penting yang perlu diingat sewaktu berdepan dengan situasi kecemasan ialah jangan panik. Bila anda panik, anda mudah untuk melupakan semua peraturan keselamatan yang perlu anda patuhi. Mungkin juga anda takut apabila berdepan dengan situasi yang melibatkan nyawa tetapi percayalah pemikiran yang tenang boleh menyelamatkan diri anda. Pastikan anda sudah menghafal semua laluan keluar bangunan yang kerap anda kunjungi. Ini memudahkan anda untuk terus berlari ke laluan keluar sekiranya berlaku kecemasan.
 
Ingat The Rule of Three

Menurut kajian, badan manusia boleh bertahan selama tiga minit tanpa udara, tiga jam tanpa tempat perlindungan dalam cuaca yang ekstrem, tiga hari tanpa air dan 3 minggu tanpa makanan.
 
Jangan keluarkan pisau atau objek tajam dari luka

Menurut pakar perubatan, tidak kira dalam situasi apa pun, jangan sesekali anda keluarkan pisau atau apa-apa pun objek tajam dari luka. Ini kerana selagi pisau kekal dalam luka, ia menghalang pendarahan serius. Apa boleh anda lakukan adalah cuba untuk meminimumkan pendarahan dengan membalut luka sementara anda menunggu bantuan perubatan tiba.

The post Tip Berguna Untuk Menyelamatkan Nyawa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment