Tempat Makan Menarik Untuk Si Pecinta Hello Kitty

Karektor Hello Kitty bukan sahaja diminati kanak-kanak, malah golongan dewasa juga ada yang meminatinya. Mereka ini sanggup berhabis wang ringgit hanya kerana ingin mengumpul barangan karektor ini. Jika di Johor Bahru ada Senrio Hello Kitty Town, di Lembah Klang pula ada Hello Kitty Gourmet Cafe yang pertama di Malaysia dan Dunia. 

spicy-salmon-lemonade-pasta

Terletak di Sunway Pyramid, kafe ini mula dibuka kepada umum sejak September 2016. Lebih setahun pembukaannya, kini kafe ini memperkenalkan lebih 30 menu baru khas untuk peminatnya. Bagi yang meminati makanan sehebat air tangan seorang ibu, anda harus datang ke sini.

Kafe ini dibuka setiap hari kepada pengunjung bermula jam 1o pagi hingga 11 malam. Ada hidangan sarapan pagi istimewa seperti Hello Kitty Big Breakie. Kombinasi sayur, telur, kacang panggang dan sosej yang diadun bersama herba segar pastinya menjadi menu terbaik bagi memulakan hari anda.

kt-big-breakie

Bukan itu sahaja, bagi peminat pasta kafe ini menyediakan pelbagai jenis hidanagn pasta yang pastinya memenuhi selera anda. Tidak dilupa makanan utama seperti Grilled Lamb Cutlets dan Chicken Lasagna juga tidak kurang hebatnya. Istimewa untuk si kecil, kafe ini menyediakan pelbagai jenis hidangan pemanis mulut untuk mereka. Ada beraneka kek dan mereka pasti suka Kitty Hides n Seek.

pastas

chicken-lasagna

The post Tempat Makan Menarik Untuk Si Pecinta Hello Kitty appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment