Gambar: Instagram
Seniman negara, Tan Sri SM Salim telah meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira jam 5.44 petang semalam.
Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1950an dan dia adalah pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik.
17 tahun lalu, seniman veteran itu disahkan lumpuh akibat sakit saraf dan semenjak itu pergerakannya bergantung pada kerusi roda.
Menurut anak sulung Allayarham, Siti Noraishah, 60, ayahnya berada dalam keadaan kritikal sejak pukul 3 pagi Rabu lalu dan dia bernafas dengan dibantu oleh mesin pernafasan namun keadaan ayahnya masih tenat dan doktor juga memaklumkan keadaan ayahnya tidak begitu baik dan doktor membenarkan untuk membawa ayahnya pulang ke rumah.
Jenazah Allayarham akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru pada pukul 10.30 pagi hari ini dan kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang selepas selesai solat Jumaat.
The post Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment