Taimur Ali Khan Pataudi, Nama Anak Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor Dikritik Netizen

Nama anak kepada pasangan popular Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena kapoor iaitu Taimur Ali Khan Pataudi mula dikritik netizen dan keputusan mereka untuk memberikan nama tersebut mula dipersoalkan.

 

56120534-1

Gambar : Sumber Google

 

Saif dan Kareena memberikan nama Taimur Ali Khan Pataudi kepada anak sulung mereka bersempena pemimpin empayar Moghul, Timur the Lame.
1482297512_bollywoods-star-couple-saif-ali-khan-kareena-kapoor-khan-was-tuesday-blessed-their-first-child

Gambar : Instagram Saif Ali Khan

 

Mengimbau sejarah lama, dikatakan pemimpin tersebut dipercayai bertanggungjawab ke atas pembunuhan beratus-ratus ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi.

 

Media sosial mula dibanjiri dengan tweet yang mempersoalkan nama anak sulung pasangan Bollywood itu. Rishi Kapoor, bapa saudara kepada Kareena dengan rasa marah mempertahankan nama bayi tersebut dengan tweet bertulis seakan mempersoal mengapa ramai yang cuba untuk menjaga hak peribadi pasangan tersebut untuk memberikan nama kepada anak mereka.

 

Bekas Ketua Menteri Jammu Kashmir, Omar Abdullah juga mengkritik netizen yang mempersoal hak Saif dan Kareena untuk pemilihan nama tersebut.

 

Menerusi akaun Twitter, Omar menulis yang mana pasangan tersebut berhak untuk memutuskan nama anak mereka dan mengapa orang lain perlu cuba untuk masuk campur akan hal tersebut.

 

 

Dalam tweet seterusnya, Omar sempat mengucapkan tahniah kepada Saif dan Kareena atas kehadiran cahaya mata sulung mereka.

The post Taimur Ali Khan Pataudi, Nama Anak Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor Dikritik Netizen appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment