Mengumpulkan pelbagai baka kucing di bawah satu bumbung, ia menjadi tarikan warga kota malahan masyarakat luar untuk mengunjunginya.
Ziarah dan Layan
Studio kucing pertama di dunia, Johan and His Cats Studio mempunyai 25 jenis baka kucing dari seluruh dunia antaranya seperti Ragdoll, Norwegian Forest, Abbysinian, Devon Rex, Sphynx dan Napoleon. Idea studio kucing yang telah mencetuskan fenomena ini mendapat tempat di hati peminat kucing yang ingin melepaskan tekanan harian dengan bermain dan melayan keletah manja pelbagai jenis kucing yang comel. Ia juga menjadi tempat rujukan pencinta kucing untuk menimba ilmu yang lebih mendalam mengenai kucing, selain menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan keperluan harian haiwan kesayangan. Mereka juga mengambil inisiatif menyokong beberapa pusat perlindungan haiwan sekitar Lembah Klang demi kelangsungan usaha murni membela kebajikan haiwan. Pastikan anda menempah slot kunjungan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sini, semuanya ada di laman web mereka.
Lokasi: No.16, Jalan Setia Dagang AK U13/AK, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Makan Ditemani Si Comel
Dibuka bertujuan untuk memberikan sokongan dan menjaga keperluan kucing, Purradise Cat Cafe selesa umpama rumah ini menjanjikan pengalaman indah buat pengunjung yang singgah ke sini. Pencinta kucing boleh bergaul mesra bersama pelbagai spesies kucing yang ada di sini yang kebanyakannya diambil dari jalanan dan tempat perlindungan sambil menikmati menu yang tersedia. Kafe ini direka dengan binaan permainan khas untuk kucing bagi membenarkan mereka aktif bermain. Pengunjung tidak perlu khuatir akan kebersihan makanan yang disediakan kerana dapur mereka terasing daripada tempat kucing bermain. Selain itu pengunjung juga diminta menggunakan hand sanitizer sebaik saja tiba di kafe ini dan sebelum pulang. Anda juga akan diberikan berus khas bagi membuang bulu kucing yang melekat pada pakaian.
Lokasi: 24A (Tingkat Satu), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
The post Syurga Pencinta Kucing appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment