Song Ji Hyo Menitiskan Air Mata Ketika Mendengar Ucapan Dari Lee Kwang Soo

Song Ji Hyo terlalu emosi selepas mendengar ucapan penerimaan anugerah oleh Lee Kwang Soo di SBS Entertainment Awards 2016.

running-man-2-1

 

Di dalam ucapan Lee Kwang Soo, dia menyampaikan perasan sebenarnya terhadap ahli-ahli Running Man serta pengarah-pengarah program realiti tv itu. Dia juga sempat menyatakan yang dia sudah pun menganggap Song Ji Hyo sebagai ‘real older sister’.

Selepas mendengar kata-kata indah dari Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo tidak dapat menahan air matanya dan mula menangis di mejanya.

Lee Kwang Soo mendapat anugerah Top Excellence Award yang mana membawa pulang pencapaian yang paling penting berikutan kontroversi terbarunya yang menjadikan pengakhiran buat program kegemaran ramai itu berakhir setelah tujuh tahun bersiaran.

Walaupun Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook mengesahkan yang dia akan menghadiri acara penganugerahan dan tetap mengikuti sambungan program Running Man sehingga ke episod akhir, mereka juga membuat keputusan untuk tidak lagi mengambil sebarang duit hasil dari pendapatan yang mereka dapat di program itu.

Namun mereka mengambil keputusan untuk mendermakan pendapatan mereka ke badan kebajikan. Kesemua ahli kumpulan Running Man menghadiri malam anugerah tersebut.

 

running-man-4-2

 

Bukan hanya Song Ji Hyo seorang, malah semua ahli Running Man yang lain juga turut tersentuh ketika mendengar ucapan dari Lee Kwang Soo itu.

Lee Kwang Soo sempat mengucapkan terima kasih kepada ahli Running Man serta kata-kata penghargaan dan sayang kepada mereka semua.

 

 

 

The post Song Ji Hyo Menitiskan Air Mata Ketika Mendengar Ucapan Dari Lee Kwang Soo appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment