Warna lipstik anda cepat pudar dan tidak kekal lama? Ini sering terjadi kepada para wanita. Setiap kali selepas makan atau minum, anda pasti kena touch up kembali warna lipstik, bukan? Jelita kongsikan dengan anda apakah tip yang boleh diaplikasikan jika rona lipstik anda cepat pudar. Rahsianya adalah, persediaan, teknik aplikasi dan pilihan produk yang betul.
- Bagi memastikan bibir anda dapat ‘menyerap’ dengan sempurna warna yang diaplikasikan, tanggalkan sel kulit mati pada bibir dengan menggunakan skrub bibir.
- Kemudian, sapukan pelembap bibir untuk mengelakkan bibir daripada kering dan merekah.
- Oleskan bedak asas atau concealer pada bibir dengan menggunakan beauty blender sponge agar ia rata dan kemas. Ini adalah sebagai base untuk memberikan warna lipstik yang lebih terang dan kekal lama. Selain itu, dengan aplikasi ini juga, ia mengelakkan rona lipstik yang anda oleskan nanti menjadi bleeding dan comot.
- Seterusnya, gariskan dengan nipis lip pencil pada garisan bibir . Seeloknya, guna lip pencil yang berona lebih gelap daripada warna lipstik yang ingin dioleskan nanti akan warnanya kelihatan sekata.
- Akhir sekali, oleskan lipstik pada bibir anda mengikut warna yang anda suka.
Tip:
- Untuk memudahkan aplikasi, calit warna lipstik menggunakan berus dan baru oleskan pada bibir.
- Jika anda gemarkan lipstik daripada tekstur matte, pastikan anda oleskan pelembap bibir terlebih dahulu untuk mengelakkan bibir merekah.
- Perhatikan bentuk bibir yang anda miliki. Sebaiknya hindari menggunakan warna gelap jika anda memiliki bibir yang nipis. Manakala pemilik bibir penuh, sebaiknya menghindari lipstik berwarna terang.
The post Rona Lipstik Cepat Pudar? Ini Rahsianya. appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment