Resipi mudah selera pantai timur ini mesti anda cuba.
Begedil Ikan
Bahan-bahan:
2 ikan kembung sederhana besar, diambil isinya sahaja
3 bawang merah, dimayang halus
1/2 kelapa parut
1 telur
1 tangkai daun kesum, diracik halus
Gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak zaitun untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
- Gaul kesemua bahan hingga sebati.
- Kemudian masukkan telur.
- Bentukkan campuran menjadi leper sederhana besar dan goreng dengan api perlahan.
- Letakkan minyak zaitun sedikit demi sedikit untuk mengelakkan ia melekat di kuali.
- Goreng hingga menjadi warna coklat keemasan.
The post Resipi Begedil Ikan Selera Pantai Timur appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment