Tahun 2016 semakin hampir melabuhkan tirainya. Raikan kehangatan hujung tahun ini dengan memiliki pelbagai koleksi kecantikan yang boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi ataupun sebagai hadiah buat yang tersayang dengan tawaran harga yang berpatutan.
LANEIGE – Fantasy Basic Duo,RM245
Set penjagaan wajah ini dirumus istimewa untuk mengatasi masalah kulit yang kering dan kusam. Bukan itu sahaja, ia turut membantu anda memiliki kulit wajah yang lebih bersih, lembut dan kekal lembap sepanjang hari.
MAMONDE – Happy Rose Kit, RM88
Miliki kulit wajah yang lembut dan berseri dengan set penjagaan wajah yang diformulasikan daripada ekstrak air mawar ini. Ia meninggalkan kulit yang lebih lembut, licin dan harum menyelesakan.
SK -II – Crystal Clear Skin Set,RM620
Dambakan kulit wajah yang cerah dan berseri bak kristal? Milikinya dengan set penjagaan wajah daripada SK-II ini. Rumusan 90% pitera, memberikan seribu kebaikan buat kulit wajah anda. Kulit anda lebih lembut, halus, dan kekal remaja.
BEAUBELLE – Essential Eye Care, RM488 (Promo price)
Sepasang mata yang letih dan kusam boleh membuatkan penampilan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Set penjagaan mata ini berupaya untuk mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata, dan menyegarkan kembali mata yang letih itu.
The post Raikan Hujung Tahun Anda Dengan Koleksi Kecantikan Ini appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment