Gambar: INGimage
Perkara yang paling menakutkan buat wanita yang berhijab adalah tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Masalah seperti ini sering berlaku dikalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.
Jelita kongsikan petua mudah untuk elakkan tudung dari menghasilkan bau busuk.
Berikan Udara
Salah satu cara yang paling mudah dan cepat. Sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.
Gantung Menggunakan Penyangkut Baju
Gantung tudung anda dengan menggunakan penyangkut baju dan anginkannya dengan udara segar atau haruman yang selalu digunakan dalam gerobok pakaian semalaman untuk menghilangkan bau hapak.
Sembur Minyak Wangi
Cukup dengan sekali semburan sahaja untuk memastikan tudung dalam keadaan harum segar.
Sabun Buku
Bilas tudung dengan air sejuk bersama dengan sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan dan biarkan tudung anda kering.
Serbuk Penaik
Untuk mengatasi masalah bau tudung hapak yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas keseluruhan tudung sehingga menutupi seluruh tudung anda. Serbuk penaik membantu untuk menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Cara paling berkesan adalah dengan meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam beg plastik dan biarkan ia sehari.
Minyak Essential
Titikkan beberapa titik minyak essential di dalam kotak dan simpan tudung anda di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.
Sumber: EH!
The post Petua Mudah Elakkan Tudung Berbau appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment