Gambar: INGimage
Setiap kali tiba musim cuti sekolah, pasti ibu bapa merancang untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Namun bercuti dengan keluarga bukan perkara yang mudah dengan anak kecil meraung, anak remaja pula lebih suka menghabiskan masa dengan teknologi dan ibu bapa pula akan mula berasa tertekan. Oleh itu, sebelum anda pergi bercuti bersama keluarga anda, pastikan anda ada perancangan yang rapi.
Jelita senaraikan panduan untuk percutian keluarga yang menyeronokkan tanpa sebarang kekecohan.
Buat Kajian
Buat kajian menyeluruh sebelum anda dan keluarga anda bertolak ke destinasi percutian yang dikehendaki untuk mengurangkan sebarang tekanan yang tidak diigini:-
- Pastikan anda tahu kedudukan hospital yang paling dekat dan juga laluan yang paling cepat untuk sampai ke sana dari hotel anda.
- Pastikan anda menyimpan maklumat pembekal insurans anda di tempat yang selamat.
- Pastikan anda mempunyai idea yang jelas tentang kaedah pengangkutan pilihan anda dan laluan di setiap destinasi.
- Bagi anda yang bercuti bersama bayi, pastikan anda kenal pasti kemudahan untuk menukar lampin bayi di tempat-tempat yang anda lawati.
- Cari aktiviti yang boleh anda lakukan bersama-sama anak-anak anda. Satu contoh terbaik ialah The Mandarin Barber di Mandarin Oriental Hong Kong. Mereka menawarkan perkhidmatn ‘Baby First Haircut’ yang merangkumi satu sijil yang ditandatangani oleh tukang gunting rambut dan sebahagian dari rambut anak anda diletakkan di dalam bingkai. Malah, terdapat banyak hotel dan syarikat penerbangan yang mempunyai program khas di tempat untuk bayi dan kanak-kanak merasai pengalaman percutian pertama mereka.
Perancangan Rapi
Membuat perancangan rapi akan memberikan anda ketenangan sewaktu anda pergi bercuti bersama keluarga anda nanti. Apabila anda merancang jadual perjalanan anda, pastikan ia selaras dengan jadual makan dan jadual tidur anak anda. Jika masa tidur anak anda adalah pada waktu pagi, cuba susunkan aktiviti seperti melawat zoo kepada sebelah petang.
Semasa anda merancang aktiviti yang ingin dilakukan, pastikan ia merupakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak anda supaya mereka boleh merasakan keseronokkan tatkala bercuti.
Gunakan aplikasi mudah alih untuk mencari maklumat tentang cuaca, ulasan hotel, jalan raya, peta dan perkhidmatan teksi supaya percutian anda jadi lebih mudah.
Kemas Bagasi
Ambil sedikt masa untuk memeriksa semula barangan yang akan anda bawa bersama untuk melihat sama ada barangan ini mudah untuk dibawa ketika sedang bercuti. Adakah kereta sorong bayi anda cukup ringan? Adakah beg lampin gaya beg lebih sesuai untuk perjalanan? Itu adalah antara soalan yang perlu anda tanya ketika anda mengemas bagasi anda.
Cara lebih mudah ialah dengan mendaftar masuk di hotel yang menyediakan kemudahan untuk keluarga kerana ia dapat memberikan lebih ruang pada bagasi anda. Antara hotel yang mempunyai senarai panjang perkhidmatan keluarga yang hebat ialah Four Seasons Hotel Macao di Cotai Strip.
Jika anda merancang untuk bercuti di destinasi yang sangat jauh, pastikan anda membawa sekali snek, buku mewarna atau mainan baru untuk anda supaya mereka tidak kebosanan ketika dalam perjalanan.
Berkongsi Kegembiraan
Tidak salah untuk pergi melancong bersama keluarga lain yang mempunyai anak yang sebaya dengan anak anda. Sementara anak-anak anda sibuk dengan rakan-rakan mereka, anda boleh menggunakan masa terluang ini untuk menghabiskan masa bersama suami anda.
Dengan adanya bantuan tambahan, tugas menjaga anak akan menjadi lebih mudah apabila anda bergilir-gilir bersama ibu-bapa lain. Dengan ini anda boleh menikmati percutian anda dengan tenang.
Mengharapkan Yang Tidak Dijangka
Perancangan yang sempurna tidak pernah lari dari kejadian yang tidak dapat dijangkakan. Pastikan anda sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang mengejutkan. Jangan terlalu stress dan cepat melenting kerana ini akan merosakkan mood percutian keluarga anda. Sentiasa tenang untuk memikirkan jalan penyelesaian dan cuba untuk berseronok bersama keluarga anda.
The post Panduan Untuk Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment