Panduan Membeli Perabot Dan Kabinet Dapur

Kabinet dan perabot dapur yang diperbuat daripada kayu masih menjadi pilihan. Biarpun harganya agak mahal berbanding perabot lain tetapi orang ramai masih sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk memilikinya. Jadi, apabila anda ingin berbelanja untuk perabot idaman, anda perlu berhati-hati sewaktu membelinya. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan seperti bajet, jenis kayu, binaan, kemasan, dan kualiti sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Modern red kitchen interior 3d

 

Peruntukan atau bajet

Bagi yang ada peruntukan pasti tiada masalah memilih sebarang perabot. Namun harus diingat bajet ini membantu anda berada di landasan yang betul supaya tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan. Ini juga secara tidak langsung memudahkan anda mencari perabot yang sesuai.

Lokasi

Sebelum membeli, pastikan kabinet atau perabot ini sesuai dengan keluasan ruang dapur anda. Jika dapur anda tidak terlalu luas, perabotnya pasti yang bersesuaian agar tidak sarat. Begitu juga dengan saiz meja makan. Meja bulat memberi ruang yang lebih untuk pergerakan anda. Ukur dahulu keluasan dapur anda bagi membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Rekaan idaman

Pastikan anda mempunyai gambaran perabot atau kabinet yang menjadi idaman bagi memudahkan anda membuat pilihan. Ini juga amat menjimatkan masa malah membantu anda membuat keputusan.

Jenis kayu

Semua perabot kayu diperbuat daripada hardwood (kayu keras) seperti jati, walnut, oak, maple, mahogany atau softwood (kayu lembut) seperti getah, pine, papan lapis, papan keras serta papan fiber. Kayu keras yang baik pastinya mahal kerana ketahanannya dan lebih sesuai jika diletakkan di ruang dapur.

Jenis kemasan

Kemasan perabot penting bagi menyerlahkan keaslian kayu yang digunakan dan adakalanya mengubah penampilan secara menyeluruh. Penggunaan minyak atau lilin (wax) menjadikan kayu nampak lebih berkilat. Bagi memastikan kayu tahan lebih lama, lacquer dan varnish digunakan. Ada juga perabot yang dicat. Paling penting kemasannya halus bila disentuh dan permukaan pada setiap sudut perabot adalah sama.

Berfungsi
Sewaktu memilih perabot dan kabinet pastikan anda memeriksa semua bahagian serta komponen secara menyeluruh. Ini penting bagi memastikan pemasangan dilakukan dengan sempurna. Laci sepatutnya dipasang kemas agar senang ditarik dan ditolak. Begitu juga dengan pintu kabinet. Harus mudah dibuka dan ditutup di samping menggunakan perkakasan yang berkualiti. Bagi kaki meja, pastikan parasnya sama dan tidak bergoyang sama sekali.

 

The post Panduan Membeli Perabot Dan Kabinet Dapur appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment