Nama Anak Sulung Kareena Kapoor Dan Saif Ali Khan Dikecam Netizen

kareena-and-baby

Gambar: Instagram kelab peminat Kareena Kapoor


 
Nama yang menjadi pilihan pasangan pelakon Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor untuk anak sulung mereka menjadi perbahasan hangat di media sosial.
 
Pada Selasa lalu, Kareena selamat melahirkan anak lelaki dan pasangan itu menamakan anak sulung mereka sebagai Taimur Ali Khan Pataudi, sempena pemimpin empayar Moghul, Timur the Lame yang dipercayai bertanggungjawab membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi.
 
Sebaik sahaja nama bayi sulung pasangan itu diumumkan, media sosial dihujani tweet dan status dari netizen yang mempersoalkan nama bayi berkenaan.
 
Bagaimanapun, bapa saudara Kareena, pelakon Rishi Kapoor telah mempertahankan nama berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan menerusi akaun twitter miliknya.
 
Selain itu, anggota keluarga pasangan suami isteri itu termasuk Karisma Kapoor, Soha Ali Khan dan Kunal Kemmu turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran anggota baru itu menerusi akaun sosial media mereka.
 
Turut mempertahankan pemilihan nama itu ialah bekas Ketua Menteri Jammu Kashmir, Omar Abdullah apabila dia mengkritik mereka yang mempersendakan pemilihan nama itu dan Saif dan Kareena berhak untuk memutuskan nama anak mereka. Dia juga turut mengucapkan tahniah buat Saif dan Kareena.
 
Taimur ialah anak pertama Kareena manakala Saif mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Amrita Singh, Sara dan Ibrahim.

The post Nama Anak Sulung Kareena Kapoor Dan Saif Ali Khan Dikecam Netizen appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment