Perhatian kaum wanita! Seeloknya elakkan diri dari anda jatuh cinta dengan jenis lelaki yang EH! senaraikan di bawah kerana takut kecewa tak sudah di kemudian hari.
Gambar : Shutterstock
Umum tahu yang mana lelaki ini lambat matang dari perempuan. Tapi anda kena beringat yang mana sifat buruk dalam diri seseorang itu boleh dibuang jika kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Ia bergantung sama ada kita mahu atau pun tidak. Jadi, seeloknya dari awal elakkanlah dari berhubungan dengan jenis lelaki sebegini kerana tidak semua lelaki mahukan perubahan pada diri mereka, hendak pula ego yang menebal, sudah pasti kamu yang akan dikecewakan dengan harapan palsu.
Jadi, di sini EH! senaraikan jenis lelaki yang patut anda hindari.
Anak emak
Bila setiap kali keluar untuk bersama rakan pun si dia sering meminta izin dari ibunya terlebih dahulu, sudah semestinya ini menandakan yang dia sememangnya anak emak. Menjaga dan menghormati ibunya itu tidak salah, tapi kalau sampai masa kalian inginkan ganjakkan hubungan ke tahap lebih serius tetapi dirinya tidak dapat mengawal desakan dari ibu atau keluarganya, sudah pastinya ia bakal mengundang masalah di kemudian hari nanti.
Kaki Mabuk/Club
Bila minuman alkohol menjadi seakan minuman hariannya, sebaiknya elakkanlah dari semakin jatuh cinta pada si dia. Walaupun kacak mana sekali pun si dia, lebih baik angkat kaki sebelum hubungan kalian lebih serius.
Kuat mengongkong
Tak kisahlah dari cara anda berjalan, berpakaian, atau bergaul dengan rakan sepejabat sekali pun, si dia tak habis-habis memarahi anda. Lelaki sebegini jenis yang suka mendesak dan selalunya panas baran. Bila si dia lakukan perkara tersebut tidak pula kita persoalkan, tetapi pabila sampai pada kita, marahnya tak ingat dunia. So better just to forget it okay.
Lelaki mudah rebound
Baru sahaja berputus dengan teman wanita lama, tapi tak sampai seminggu dah ada teman wanita baru. Cuba bayangkan anda berada di situasi si wanita yang dikecewakan itu, tidak ke sedihnya berhari-hari?
Jejaka nakal
Ramai wanita lebih sukakan jenis lelaki yang berperwatakan bad boy kerana majoriti dari mereka punya rupa yang kacak dan menarik. Tetapi sebaiknya anda berhati-hati kerana lelaki jenis ini biasanya charming pada awalnya, tetapi jarang ada yang mahukan satu perhubungan yang lebih serius.
Sumber : Cosmopolitan.my
The post Lima Jenis Lelaki Ini Anda Patut Hindari Kalau Tak Nak Kecewa appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment