Anlene baru-baru ini melancarkan pembikinan semula lagu hits ‘Sinaran’ hasil usaha sama dengan penyanyi tersohor negara, Sheila Majid sebagai lanjutan daripada projek ‘Move As Young As You Feel Inside’. Dikuasakan oleh formula baru Anlene MoveMax™, yang merangkumi bahan tambahan seperti kolagen, di samping kalsium, protein dan variasi nutrien untuk membantu menjaga tulang, sendi dan otot untuk menyokong pergerakan keseluruhan.
Kempen tersebut menyaksikan pelancaran lagu ‘Sinaran’ yang lebih rancak dan funk-pop untuk meraikan kegembiraan bergerak bebas tanpa mengira usia. Kempen Anlene ‘Move Young’ dilancarkan awal tahun ini untuk menggalakkan orang ramai menggabungkan pergerakan dengan nutrisi baik untuk gaya hidup yang sihat.
Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Move Young’, Anlene telah melantik Sheila Majid sebagai role model untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia akan kepentingan gaya hidup aktif dan sihat. Sheila Majid mengamalkan pengambilan Anlene dek rasanya yang enak dan bermanfaat buat tubuh dalam jangka masa yang panjang. Sekarang dalam usia 50-an, dia masih aktif dan bertenaga seperti yang dapat dilihat dalam versi ‘Sinaran’ baru yang menampilkan cameo rap daripada anaknya, Kayda.
Anlene dan Sheila mengeluarkan lagu dan muzik video terbaru itu secara digital dan disokong oleh TVC dan senarai aktiviti turun padang untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengikuti pergerakan yang ditunjukkan.
Anlene baru dengan MoveMax™ mengandungi banyak nutrien baik termasuk kolagen yang baru ditambah dan nutrien lain seperti kalsium, protein, magnesium, zink dan vitamin B6, B12, C, D & E yang membantu menjaga tulang, sendi dan otot. Produk Anlene boleh didapati di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara. Dari susu tepung hinggalah yogurt, pengguna boleh membeli dan menikmati Anlene dengan MoveMax ™, yang datang dalam dua varian. Bentuk serbuk datang dalam biasa dan coklat dan boleh didapati dalam pek 1kg, 600g, dan 175g. Anlene Movemax™ Yogurt boleh didapati dalam empat variasi lazat: biasa, mangga, strawberi, dan beri campuran.
Anda boleh melihat iklan komersial Anlene Movemax terbaru di: https://www.youtube.com/watch?v=mGJceJnVLqc
Bagi video muzik Sinaran baru, anda boleh menontonnya di: https://www.youtube.com/watch?v=g8aYzrHENps
The post Kolaborasi Anlene & Sheila Majid Beri Nafas Baru Pada ‘Sinaran’ appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment