Sebab seks berlaku pada waktu malam termasuk alasan praktikal hinggalah ke rasa romantis.
Namun, sebilangan besar pasangan biasanya melakukan seks bila hendak masuk tidur hinggakan ia begitu sinonim dengan jolokan “tidur bersama”, demikian menurut laman web Psychology Today.
Sebab seks dan tidur amat berkait rapat sebenarnya masih misteri. Tiada sebab terpampang jelas tetapi pakar menjelaskan kenapa seks sebelum waktu tidur pada malam hari tetap jadi pilihan utama.
PILIHAN WAKTU – SEBELUM TIDUR
Penyelidik mendapati, kebanyakan seks dalam perkahwinan berlaku sekitar waktu hendak masuk tidur. Lebih separuh daripada hubungan seks terjadi antara jam 10 malam hingga 2 pagi, dengan sedikit jumlah berlakunya pada jam 6 pagi, bila pasangan baru hendak bangun tidur.
Malah, ramai pasangan ini memilih untuk melakukan seks pada malam minggu, mencadangkan yang jadual kerja menentukan corak aktiviti seksual, pada satu tahap. Pada waktu ini, fikiran tidak diganggu dengan komitmen kerjaya atau perkara lain, minda telah difokus kepada rileks dan bergembira. Hinggakan, ada pasangan sanggup mengelak seks pada malam bekerja. Menurut pakar, mengelak seks pada malam bekerja boleh membantu pekerja rasa lebih cukup rehat pada keesokan harinya.
Malah, corak aktiviti seksual yang kukuh boleh juga dikaitkan dengan peluang dan waktu senggang pasangan. Sebagai contoh, pasangan berkahwin akan berasmara sebelum masuk tidur kerana masing-masing ‘ada masa’ untuk pasangannya. Waktu inilah tumpuan anda dan suami cukup fokus kepada kehendak dan keperluan batin, lantas boleh memberikan apa yang dikehendaki tanpa memikirkan tentang komitmen yang lain.
SEBAB IANYA MENGUKUH PERHUBUNGAN
Pasangan yang tidur bersama mempunyai pelbagai implikasi untuk menguatkan ikatan dan perhubungan. Namun, ada pelbagai sebab masuk akal untuk tidur bersama yang tiada kaitan pun dengan intimasi. Tidur dengan keadaan tubuh berdekatan boleh mengekalkan rasa hangat terutama pada waktu malam yang dingin, lantas ia mampu menyelesakan waktu tidur menjadikan sesi tidur anda ini bertambah berkualiti.
Pada masa sama, tidur dengan sentuhan fizikal menggalakkan pengeluaran hormon oksitosin. Hormon ‘berpelukan’ ini mampu membantu mengukuhkan perhubungan antara suami isteri, seperti mana hubungan ibu dan anak yang menyusu badan.
Foto: ING Image/Click Photos
The post Kenapa Seks Berlaku Pada Waktu Malam? appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment