Gambar: INGimage
Setiap orang memerlukan tidur yang mencukupi setiap malam iaitu antara tujuh sehingga sembilan jam. Tidur yang mencukupi ini ada banyak kebaikannya terutama sekali pada tubuh badan kita. Kajian menunjukkan orang yang tidur kurang daripada enam hingga tujuh jam setiap malam berisiko tinggi untuk mendapat banyak penyakit.
Jelita senaraikan lima kebaikan tidur yang mencukupi setiap malam.
Jantung sihat
Serangan sakit jantung dan strok kebiasaannya akan berlaku pada awal pagi. Kekurangan tidur boleh menyebabkan tekanan darah dan paras kolestrol berada di tahap yang tinggi dan ini menjadi punca kepada serangan jantung dan strok. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mencegah Kanser
Wanita yang bekerja sehingga lewat malam berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Pendedahan kepada cahaya lampu akan menurunkan paras hormon melatonin dalam darah. Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan anda mengantuk dan juga berfungsi untuk menentang kanser kerana ia berupaya untuk membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, anda digalakkan tidur dalam keadaan gelap bagi membolehkan tubuh kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.
Kurangkan Stress
Tidur yang mencukupi juga membolehkan anda untuk berasa lebih bertenaga keesokkan harinya. Jika anda tidak mengamalkan amalan tidur yang mencukupi, badan anda akan menghasilkan hormon stress yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.
Menguatkan Ingatan
Jangan anggap semua mimpi itu sekadar mainan tidur. Ini kerana semasa tidur, badan anda akan berehat dan otak anda pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang.
Menurunkan Berat Badan
Kebanyakan orang menganggap bahawa tidur kurang daripada tujuh jam boleh membantu untuk menguruskan berat badan. Namun, kajian membuktikan bahawa orang yang tidur kurang daripada tujuh jam mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Ini kerana kekurangan tidur akan menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang dan ini akan mempengaruhi selera makan. Pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan untuk mengawal selera makan akan terganggu sekiranya anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi dan akhirnya akan menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.
The post Kebaikan Tidur Untuk Tubuh Badan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment