Urusan jual dan beli anda kini lebih mudah dengan aplikasi mudah alih Carousell. Carousell adalah aplikasi mudah alih yang menjual dan membeli yang mudah dan pantas. Aplikasi ini dilancarkan pada Mei 2012 dan ia bermula di Singapura dan terus berkembang ke 13 bandar raya di seluruh dunia.
Dengan aplikasi mudah alih ini anda boleh mencari barangan yang anda inginkan daripada 80 sub-kategori produk seperti pakaian, barangan mewah, makanan, buku, mainan dan pelbagai lagi. Kategori seperti fesyen wanita dan lelaki, alat elektronik dan keperluan ibu bapa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ketika membeli-belah di aplikasi mudah alih ini.
Antara ciri-ciri aplikasi mudah alih ini ialah;
1. Ambil gambar dengan mudah dengan in-app camera.
2. Menjual barangan dengan mudah dan cuma mengambil masa 30 saat.
3. Anda boleh berinteraksi dengan pembeli/penjual
4. Anda juga boleh mendapat maklumbalas mengenai barangan yang ingin dibeli/dijual.
5. Anda juga boleh kongsikan senarai jualan anda di laman sosial media anda.
6. Peti masuk yang dikemaskinikan untuk memudahkan anda berkomunikasi dengan pembeli/penjual.
7. Anda juga boleh memilih untuk membeli barangan dari penjual kegemaran anda dengan follow mereka di aplikasi tersebut.
8. Anda boleh memilih barangan yang ingin anda beli dari kategori yang telah disenaraikan. Terdapat hampir 8o sub-kategori yang boleh anda pilih.
9. Carousell Group menghubungkan pengguna dengan minat yang sama dan meletakkan semua senarai barangan yang diminati dalam satu tempat yang mudah dicari.
Selain dari membeli, anda juga boleh menjual barangan yang anda tidak gunakan dengan menggunakan aplikasi mudah alih ini. Caranya mudah dan sangat pantas. Berikut adalah cara paling mudah untuk anda menjual barangan yang anda tidak gunakan lagi.
1. Muat turun aplikasi Carousell ke dalam telefon pintar anda.
2. Buat satu akaun Carousell dengan mengisi maklumat yang diperlukan
3. Ambil gambar barangan yang ingin anda jual dan muat naik ke dalam aplikasi Carousell.
4. Isikan maklumat mengenai barangan seperti harga, saiz (untuk pakaian), kondisi barangan dan cara untuk mendapatkan barangan yang dijual.
Dengan empat langkah mudah ini, anda boleh menjual barangan yang tidak digunakan. Satu lagi keistimewaan aplikasi ini ialah ia memberikan anda pengalaman jual beli yang lain dari yang lain. Anda boleh menetapkan tempat untuk bertemu dengan pembeli anda untuk berbincang mengenai harga barangan.
Jangan risau, perjumpaan ini selamat kerana maklumat mengenai pembeli/penjual akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut, jadi anda boleh kenal dengan pembeli/penjual anda. Cara ini selamat dan sekaligus memberikan anda pengalaman berkomunikasi dengan pembeli/penjual.
Aplikasi Carousell ini sangat mudah dan mesra pengguna, Anda tidak perlu masa yang lama untuk mendaftar, medium yang sangat mudah dan pantas sekiranya anda ingin menjual barangan dan juga ia memberikan interaksi dengan pembeli/penjual anda. Ia juga selamat untuk digunakan.
Alami keseronokkan membeli-belah secara atas talian dengan aplikasi mudah alih Carousell.
The post Jual Dan Beli Dengan Aplikasi Mudah Alih Carousell appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment