Isteri Saharul Ridzwan Disahkan Hamil Lebih Dua Bulan

saharul-ridzwan

Gambar: Instagram Saharul Ridzwan


 
Pelakon, Saharul Ridzwan mengesahkan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir kini sudah hamil lebih dari dua bulan.
 
Walaubagaimanapun, Saharul yang terkenal dengan drama Hati Perempuan dan Kau Aku Kita itu enggan bercerita lebih lanjut soal kandungan berkenaan kerana ia masih terlalu awal untuk dikongsikan bersama peminat.
 
Saharul turut akui dia bimbang untuk menceritakan lebih mendalam perkara berkenaan kerana apa sahaja boleh terjadi pada fasa awal kehamilan isterinya. Saharul juga turut mengakui dirinya berasa lega kerana tiada apa lagi yang perlu disembunyikan lagi mengenai cerita tersebut dan dia yakin berita gembira ini akan disambut baik oleh peminatnya selain daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
 
Sebelum ini, cerita mengenai kehamilan isteri Saharul sudah tersebar luar namun Saharul mengambil pendekatan untuk tidak mengesahkan dulu berita berkenaan.
 

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan keadaan isteri kini yang berbadan dua. Pada usia kandungan sekarang pun, dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan perhatian saya kepadanya juga semakin bertambah dan saya yakin, ia perkara biasa. Saya juga mula menasihatinya supaya tidak melakukan kerja berat. Sehingga kini isteri saya masih bekerja di butik miliknya tapi dia tidak akan melakukan kerja-kerja yang berat,” Saharul Ridzwan- BH Online

 
Saharul juga turut mengucapkan rasa teruja dan syukur kerana pemergiannya ke Tanah Suci Makkah pada hujung Januari depan untuk menunaikan umrah bersama isterinya, Deena akan turut disertai oleh ‘orang ketiga’.

The post Isteri Saharul Ridzwan Disahkan Hamil Lebih Dua Bulan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment