Gambar: Instagram Neelofa
Kisah perhubungan antara dua pelakon terkenal, Neelofa dan Fattah Amin bagaikan sudah nampak penghujungnya. Baru-baru ini, tersebar luas gosip mengenai wujudnya orang ketiga dalam hubungan rapat Neelofa dan Fattah Amin.
Walaubagaimanapun, Neelofa enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut dan turut mengakui dia sendiri baru saja mengetahui perihal dakwaan tersebut.
Hubungan Neelofa dan Fattah dikatakan diganggu oleh orang ketiga apabila gosip mengenai hubungan Fattah Amin bersama seorang pelakon berdarah kacukan tersebar luas. Nama Tania Hudson mula dikaitkan dengan Fattah Amin namun dinafikan oleh Tania.
“Mungkin cara saya dapat tahu mengenai dakwaan itu juga tidak elok. Jadi, tidak adil juga untuk saya memberikan komen mengenai hal ini kerana Fattah dan individu berkenaan tiada di sini. Jujurnya, saya fobia untuk memberi ulasan lanjut kerana bimbang kenyataan ini akan mengeruhkan lagi keadaan dan melukakan hati banyak pihak, termasuk peminat. Saya dan Fattah juga mempunyai peminat masing-masing. Mereka yang tahu cerita ini, tahulah,” Neelofa- BH Online.
Tambah Neelofa lagi, dia tidak mahu terus memikirkan perkara itu dan mengenai hubungannya bersama Fattah, ia terlalu rumit untuk dijelaskan.
Sebelum ini, Fattah pernah membuat kenyataan sudah bertemu keluarga masing-masing sehingga mengundang pelbagai reaksi mengenai perhubungan mereka namun Neelofa menjelaskan telah berlaku salah faham ketika pelakon lelaki itu ditemubual pada Anugerah Melodi, baru-baru ini.
“Keluarga kami berjumpa di lokasi yang tidak rasmi seperti pada majlis kahwin dan jamuan makan dan belum ada perjumpaan rasmi sesama keluarga. Fattah tersalah dengar soalan dan jawapan yang diberikan juga salah. Fattah sudah pun memperbetulkan hal itu dengan wartawan,” Neelofa- BH Online.
Fattah Amin sebelum ini pernah putus cinta dengan pelakon, Sherry Ibrahim.
The post ‘Hubungan’ Neelofa Dan Fattah Amin Diganggu Orang Ketiga appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment