Haruman Dan Wanita

Tidak dinafikan, hukum memakai bau-bauan terutama yang mengandungi alkohol di kalangan wanita masih menjadi tanda tanya. Ada yang berkata ianya dibenarkan dan ada juga yang mengatakan sebaliknya. Yang mana satu ya? Menyukai kecantikan dan wangian adalah fitrah. Kerana Allah juga indah dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah.

02f44008

Empat hukum memakai haruman bagi wanita:

Harus
Secara umumnya hukum memakai minyak wangi adalah harus bagi wanita terutama sewaktu suami berada di rumah terutama sewaktu ingin melayan suaminya. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud,

“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’i dari Abu Hurairah)
Ini bermaksud wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya. Termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami.

 Sunat
Sunat bagi wanita memakai wangian sewaktu berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya serta sewakti menyambut tetamu wanita. Ada hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berbau harum tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,

“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang jelas warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,

“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah SAW Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah SAW melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

 Makruh
Hukum memakai wangian ketika berpuasa adalah makruh. Para ulama telah bersepakat dan ada penjelasan mengenainya di dalam bab berpuasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “Makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa.” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

 Haram
Haram bagi wanita memakai minyak wangi atau alat solekan yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,

“Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina.” (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan dia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Allah SWT tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi.” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

“Tidak timbul isu berkaitan dengan kandungan alkohol di dalam minyak wangi kerana alkohol yang digunakan tiada kaitan dengan arak. Justeru wangian itu tidak najis dan boleh dipakai. Namun, jika wangian itu diperbuat daripada arak (najis), barulah haram sama seperti memakai bauan yang mampu menarik perhatian terutama kaum lelaki jadi hukumnya haram,” tambahnya lagi.

The post Haruman Dan Wanita appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment