George Michael Mati Pada Usia 53 Tahun

George Michael disahkan meninggal dunia dengan tenang di kediamannya di Goring, Oxfordshire.

 

Mandatory Credit: Photo by Francois Mori/AP/REX/Shutterstock (6858836g) George Michael British singer George Michael performs at a concert to raise money for AIDS charity Sidaction, during the Symphonica tour at Palais Garnier Opera house in Paris, France France George Michael, Paris, France

 

 

Pihak polis mengesahkan kematian George bebas daripada sebarang unsur jenayah tetapi tidak mengesahkan punca kematiannya sebenar. Tetapi The Hollywood Reporter menyatakan kematian George punya hubung kait dengan masalah jantung.

 

Wakil George dalam kenyatannya mengatakan, “Dengan sangat sedihnya kami memaklumkan kematian George, seorang anak, abang juga teman kami. Pihak keluarga minta diberikan ruang privasi pada saat yang cukup sukar dan penuh emosi ini. Buat masa ini tiada sebarang komen akan diberikan.”

 

016a91a951894454bf3890a9a7e51e1d

 

George memulakan karier nyanyiannya bersama rakannya, Andrew Ridgeley dan menamakan kumpulan mereka dengan nama Wham. Bersama Andrew, mereka mencipta kejayaan cemerlang menerusi lagu careless Whisper, Freedom dan Wake Me Up Before You Go Go termasuk lagu Krismas, Last Christmas.

 

Andrew dalam kiriman tweet nya berkata “heartbroken at the loss of my beloved friend. Me, his loved ones, his friends, the world of music, the world at large. 4ever loved. A xx”

 

wham-george-michael-dead-a4c7bed6-5298-4511-aa1c-2e3f157088d0

 

Pada tahun 1987, George tampil dengan album solo berjudul Faith, dan album itu mencipta kejayaan luar biasa pabila diangkat sebagai Album of the Year di Grammy Awards. Setakat ini album tersebut sudah terjual melebihi tujuh juta uni. Album ini juga melahirkan empat lagu yang menjuarai carta Billboard 100 iaitu Faith, Father Figure, One More Try dan Monkey.

 

George membuat pengakuan dia seorang homoseksual pada tahun 1998 selepas didapati bersalah berkelakuan lucah di sebuah tandas awam di Beverly Hills, California.

The post George Michael Mati Pada Usia 53 Tahun appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment