Gambar Selfie Shah Rukh Khan Bersama Anak, Aryan Khan Buat Ramai Terpegun

Gambar selfie dua beranak ini yang dikongsikan sendiri oleh Shah Rukh Khan membuatkan ramai peminat tak henti terpegun melihat pasangan anak beranak ini.

 

 

 

Baru-baru ini, bintang Bollywood Shah Rukh Khan telah berkongsi sekeping gambarnya bersama anak pertamanya iaitu Aryan Khan. Menerusi gambar tersebut terserlah yang mana anak beranak ini sememangnya sesuai dengan ungkapan bapa borek anak rintik.

 

Kedua-duanya kelihatan seiras dan boleh kata kedua-duanya punya rupa paras yang kacak. Ternyata yang Aryan membawa aura bapanya yang sememangnya kacak dan sentiasa menjadi dambaan ramai wanita.

 

 

 

Meskipun Aryan baru berusia 19 tahun dan masih lagi belajar, ramai peminat Shah Rukh Khan yang tak sabar untuk melihat debutnya di Bollywood.

 

Sebelum ini Shah Rukh Khan pernah menyatakan di Twitter nya yang mana anaknya Suhana dan Aryan akan fokus pada pelajaran selama lima ke tujuh tahun sekarang ini. Setelah itu baru mereka dibenarkan untuk menceburi bidang yang mereka gemari.

 

 

 

 

 

The post Gambar Selfie Shah Rukh Khan Bersama Anak, Aryan Khan Buat Ramai Terpegun appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment