Cara Mudah Hilangkan Kotoran Pada Baju Putih

02i80713

Gambar: INGimage


 
Penggunaan peluntur untuk membersihkan kotoran pada baju sememangnya akan memudahkan kerja para ibu. Namun adalah sebaiknya sekiranya anda elak dari menggunakan peluntur kerana baju anda akan mudah reput. Jadi bagaimana hendak hilangkan kotoran yang melekat pada baju putih seperti baju sekolah anak anda?
 
Jangan risau, Jelita senaraikan cara semulajadi yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kotoran pada baju tanpa mereputkan baju anda.
 
Kesan kotoran terkena minyak
 
Cara berkesan untuk menghilangkan tompokan minyak ialah dengan menyapukan sedikit majerin pada kesan tompokan minyak. Biarkan untuk sementara waktu dan kemudian berus seperti biasa. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bedak debu dan tuangkan bedak di tempat yang terkena minyak. Bedak digunakan untuk menyerap minyak dan anda boleh basuh baju seperti biasa.
 
Kesan kotoran terkena dakwat
 
Hilangkan kesan dakwat pada pakaian dengan cuka. Tuangkan cuka pada kawasan baju yang terkena dakwat dan biarkan selama lima minit. Setelah itu, gosokkan bahagian yang kotor sehingga dakwat keluar sepenuhnya. Akhir sekali basuh dengan sabun seperti biasa. Selain cuka, anda juga boleh taburkan garam halus dan perahkan limau nipis pada kawasan yang terkena dakwat. Rendam sekejap dan kemudian basuh seperti biasa.
 
Kesan kotoran terkena darah
 
Selalu terjadi pada pelajar perempuan sekiranya datang bulan. Kadang kala kebocoran boleh berlaku tanpa kita sedar. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan kesan darah pada baju. Antaranya basahkan bahagian yang terkena darah kemudian taburkan garam halus pada kesan tersebut. Berus sehingga kesan darah hilang. Selain itu, anda juga boleh menggunakan air berkarbonat atau gosokkan sabun mandi jenis ketul pada tompokan darah dan berus sehingga kesan darah hilang.
 
Kesan kotoran akibat peluh
 
Setiap kali anda berpeluh, ia pasti akan meninggalkan kesan pada kolar dan lengan baju. Sering kali kotoran jenis ini diabaikan kerana ia sukar dikesan dan kadang kala kesan ini sukar dihilangkan walaupun menggunakan sabun basuh baju. Cara berkesan untuk hilangkan kesan ini adalah menggunakan sabun mandi ketul dan gosokkan pada kesan kotoran terutama pada kolar dan lengan baju.

The post Cara Mudah Hilangkan Kotoran Pada Baju Putih appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment