Gambar: Google
Ibu kepada Mohamad Arif Abdullah, 12 tahun yang popular dengan watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, berasa bangga kerana anaknya memiliki daya ingatan yang kuat.
Menurut Rosdiana Mastura Abdullah, biarpun anaknua berdepan masalah menyusun ayat dan sukar menuturkan kata-kata seperti kanak-kanak normal, Arif yang menghidapi masalah disleksia, mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga anaknya mampu menghafal skrip.
“Sebab itulah saya minta kalau boleh sebelum bersiaran, buat latihan dulu. Bila kita tengok dia main-main dan tak serius, kita ingat dia tak fokus dan buat kita risau tetapi sebaliknya, daya ingatan Arif sangat kuat dan dia hafal apa yang dibaca. Nampak macam dia tidak serius, sebaliknya, bila pergi ke set, saya agak terkejut tengok dia boleh buat seperti apa yang diarahkan skrip,” Rosdiana Mastura Abdullah- Berita Harian Online.
Rosdiana juga turut mengakui dia terkejut apabila watak Buntat lakonan Arif menjadi viral. Adegan kematian Buntat menjadi babak kedua trending selepas adegan Buntat datang ke Kuala Lumpur dan dia juga tidak pernah menyangka babak kematian Buntat akan memberikan kesan kepada penonton.
Tambah Rosdiana lagi, dia dan suaminya, Abdullah Kassim, 50, mahu mengatur jadual Arif dan memilih watak yang sesuai dilakonkannya. Rosdiana tidak mahu Arif melakonkan watak yang sama.
Menurut Rosdiana, anaknya kini sudah mendapat tawaran berlakon dalam sebuah filem namun dia akan tengok kesesuaian watak yang perlu dilakonkan dalam filem terbabit.
Arif mula menjadi popular dengan watak Buntat dalam drama bersiri yang terkenal, 7 Hari Mencintaiku yang turut dibintangi Siti Saleha dan Shukri Yahaya.
The post Buntat Punya Daya Ingatan Yang Kuat appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment