Azharina Juara Gegar Vaganza Muzim Ketiga

azharina

Gambar: Instagram Azharina


 
Setelah hampir lapan minggu bertarung di pentas Gegar Vaganza, akhirnya Azharina telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ketiga ini. Azharina membawa dua lagu nyanyian dari Nike Ardilla iaitu Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah pada pentas akhir Gegar Vaganza yang diadakan semalam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
 
Sebagai juara, Azharina membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,00 dan trofi manakala tempat kedua dimenangi oleh Siti Sarah yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Zarul dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 30,000 serta trofi.
 
Azharina merupakan juara ketiga setelah Ayai Ilusi dan Siti Nordiana berjaya bergelar juara dua musim terdahulu.
 
Siti Sarah juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
 
Berikut senarai pemenang penuh Gegar Vaganza 3:
 
1) Azharina- RM 100,000
 
2) Siti Sarah- Rm 50,000
 
3) Zarul- RM 30,000
 
4) Ameng- RM 15,000
 
5) Intan Sarafina- RM 10,000
 
6) Gmie Screen- RM 5,000

The post Azharina Juara Gegar Vaganza Muzim Ketiga appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment