Ayda Jebat ‘Block’ Peminat Yang Suka Menghina

Tidak dinafikan yang rata-rata orang yang sudah berjaya, pastinya ada sahaja yang kurang senang melihat kesenangan mereka. Jadi, mulalah aura dengki itu bertebaran.

 

capture-20161223-122609

Gambar : Instagram Ayda Jebat

 

Tidak terkecuali Ayda Jebat yang boleh dikatakan cukup berjaya tahun ini. Dengan tiga trofi kemenangan yang dinobatkan kepadanya menerusi Anugerah Melodi, serta banyak lagi kejayaannya yang lain menerusi pelancaran single baru, pasti ada yang tidak senang melihatnya.

 

Bagi Ayda, dia bukanlah seorang yang tidak boleh menerima sebarang teguran, tetapi jika teguran itu sehinggakan melukakan hati serta biadap, dia tidak mahu dibelenggu hasad dengki itu dan ‘block’ adalah jalan terbaik buatnya serta individu-individu yang ingin melihat kejatuhannya menerusi laman sosial.

 

“Saya boleh terima kritikan sebab secara tak langsung boleh memperbaiki diri. Tapi kalau sudah lebih had hingga mencaci dan memaki yang dilemparkan di laman sosial, saya akan terus sekat mereka. Buat apa kita perlu isi hari kita dengan membaca komen-komen negatif yang hanya suka lihat kita jatuh? Rezeki datang daripada Tuhan. Siapalah saya nak menolak rezeki yang hadir. Begitu juga dengan anugerah yang saya terima, itu hasil usaha saya dan tak lupa peminat yang menyokong,” kata Ayda.

 

Bahkan, Ayda sendiri tidak mahu berkata apa-apa tentang khabar angin yang menyatakan ada rakan-rakan artis yang tidak puas hati melihat kejayaannya sekarang ini.

 

capture-20161223-122739

Gambar : Instagram Ayda Jebat

 

“Perkara ini agak sensitif untuk diulas.  Saya layan semua artis sama sahaja dan seandainya ada kekhilafan, saya mohon maaf.  Bagi saya, setiap kejayaan ini datang daripada hasil usaha saya juga. Kalau tidak, tak mungkin peminat gigih megundi,” katanya.

 

Pada Ayda, peminat dan media adalah tonggak utama kejayaannya hari ini kerana baginya, tanpa peminat dan rakan media, siapa dia sekarang ini. Jadi, apa yang Ayda lakukan adalah cuba mencuri masa yang ada dengan melayan setiap pertanyaan peminatnya di laman sosial dengan sebaik yang mungkin. Baginya, ia lebih menjalinkan perhubungan yang baik sesama peminat yang sentiasa menyokongnya.

The post Ayda Jebat ‘Block’ Peminat Yang Suka Menghina appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment