Amy Search Geram Digelar Anjing

amy-search

Gambar: Instagram Amy Search


 
Penyanyi rock legenda tanah air, Amy Search kecewa dengan tindakan anak perempuan pemain dram kumpulan Search, Yazit yang mencerca dan menggelarnya sebagai anjing di Facebook.
 
Menurut Amy, tindakan Sheeqa Yazit yang menulis komen berkenaan adalah sangat biadap dan langsung tiada rasa hormat.
 
Sebelum ini, Amy telah memuat naik video persembahan Search di pentas Kampung Mak Cun sempena dengan MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) dan di dalam video berkenaan, Amy turut memuat naik status mengenai persembahan ‘tribute’ yang dilakukan seseorang penyanyi atau kumpulan tidak perlu meniru gaya penyanyi asalnya dan lebih elok jika ia dinyanyikan dengan cara tersendiri.
 
Status itu dipercayai ditujukan kepada kumpulan Retro Spektif yang membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu  Search di lokasi yang sama.
 
Salah seorang daripada ahli kumpulan Retro Spektif kemudian turut memuat naik status di Facebook yang menafikan kenyataan Amy itu dan dalam masa yang sama, Sheeqa memuat naik komen di akaun Facebook anggota kumpulan itu dengan menulis, “sapa yang menyalak mcm anjing ini?” yang dipercayai ditujukan kepada Amy.
 
Amy pada mulanya tidak tahu mengenai perkara itu sehinggalah dimaklumkan seorang rakannya.
 

“Menerusi video yang dimuat naik, saya hanya menegur gaya dan persembahan kumpulan Retro Spektif yang menyanyikan lagu-lagu Search dan saya langsung tidak berniat untuk mengutuk dia dan saya terkejut apabila dia tergamak meninggalkan komen sedemikian. Siapa dia nak memanggil saya anjing? Sebagai orang muda, dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat dan bukannya mencerca orang lain,” Amy Search- Harian Metro Online.

 
Tambah Amy lagi, itu bukan kali pertama gadis itu bertindak demikian, malah pernah beberapa kali gadis itu menyindirnya sebelum ini malah gadis itu pernah menyindir ibadah yang Amy lakukan sebelum ini.

The post Amy Search Geram Digelar Anjing appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment