Gambar: Instagram peminat Aidil Aziz
Pengurus kepada pelakon Aidil Aziz yang dikenali sebagai Kam mengesahkan Aidil telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 semalam.
Kam yang juga merupakan sepupu kepada Aidil turut menjelaskan bahawa pertuduhan mengedar 465 gram dadah jenis ganja juga telah ditarik balik dan Aidil akan berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun.
“Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur kerana Aidil akhirnya dibebaskan. Keadaan Aidil sekarang baik-baik sahaja cuma memerlukan masa untuk berehat bersama keluarga dan pihak polis juga memaklumkan Aidil telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di dalam tahanan,” Kam- Astro Gempak
Sebelum ini Kam telah memuat naik foto terkini Aidil di laman sosial media dan turut meluahkan rasa syukur sebaik sahaja pelakon tersebut dibenarkan pulang ke rumah.
Pada September lalu, Aidil yang terkenal dengan drama Lara Terindah itu telah ditahan untuk siasatan bersama dua orang lagi rakan selepas dituduh mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan juga memiliki senjata berbahaya.
Turut ditahan bersama Aidil ialah Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33. Mereka ditahan di sebuah kediaman di Jalan Ampang. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Gambar: Astro Gempak
The post Aidil Aziz Terlepas Daripada Tali Gantung appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment