8 Cara Mengurangkan Bau Badan

Peluh yang dikeluarkan lazimnya tidak berbau. Bau badan berlaku apabila bakteria dan kuman yang terdapat pada kulit bertindakbalas dengan air peluh.  Air peluh yang dikeluarkan oleh kelenjar apocrine mengandungi kadar protin yang tinggi, memudahkan kuman untuk bertindakbalas, mengeluarkan asid sebagai produk sampingan.

jelita

Keadaan yang menyebabkan bau badan yang teruk.

  1. Banyak berpeluh, lazimnya lelaki sebab lelaki berpeluh lebih daripada wanita
  2. Berat badan yang melebihi berat unggul, obesiti.
  3. Memakan makanan yang berempah, bawang putih, alcohol, ubat-ubatan seperti ubat murung.
  4. Penyakit kencing manis.

Cara terbaik ialah dengan memastikan bahagian badan yang banyak berpeluh  bersih, kering dan bebas daripada kuman dan  bakteria.

  1. Mandi setiap hari dan gunakan sabun yang mempunyai bahan anti kuman. Pastikan bahagian seperti di bawah ketiak dibasuh dengan teliti.  Mandi penggunaan sabun akan mengurangkan kadar kuman di kulit.

jelita

  1. Pastikan baju stokin ditukar setiap hari. Pastikan juga baju dibasuh secara kerap.
  1. Mengguna deodorant setiap hari boleh mengurangkan bau badan.  Terdapat minyak wangi dalamnya yang akan menutup bau peluh.
  1. Memotong atau mencukur bulu bawah ketiak secara berkala boleh mengurangkan bau badan. Bulu bawah ketiak yang panjang menakung peluh dan bau. Satu keadaan yang unggul untuk pembiakan kuman.
  1. Pastikan memakai pakaian yang dibuat daripada benang natural seperti kapas. Pakaian seperti ini menyebabkan peluh dapat dikeringkan secepat mungkin.
  1. Kurangkan makanan yang berempah seperti kari, bawang putih, arak dan juga daging merah. semua makanan jenis ini boleh membuat bau badan lebih teruk.
  1. Aluminium chloride dalam antiperspirant, Penggunaan antiperspirant boleh mengurangkan kadar pengeluargan peluh. Sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat yang lebih lanjut.
  1. Jika masalah terlalu teruk dan segala langkah telah diambil gagal memberi keputusan yang memuaskan, dinasihatkan berjumpa doktor untuk rawatan secara pembedahan atau penggunaan botox.

 

 

The post 8 Cara Mengurangkan Bau Badan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment