6 Tip Mudah Untuk Uruskan Kewangan Pada Tahun Baru

02h32292

Gambar: INGimage


 
Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk  tetapkan matlamat yang mahu anda capai. Kebanyakkan azam tahun baru lebih fokus kepada pergi ke gim untuk menguruskan badan namun ramai yang lupa akan kepentingan dalam menetapkan matlamat dari segi kewangan.
 
Jelita senaraikan enam tip mudah untuk menguruskan kewangan anda sempena tahun baru ini.
 
Mendapatkan Pendidikan

Sekiranya istilah seperti ‘bonds’, ‘REITs’ atau ‘compounded interest’ membuatkan anda keliru maka sudah tiba masanya untuk anda cari maklumat mengenainya. Ia adalah sangat penting untuk anda memahami jenis pelaburan yang ada sebelum anda mengambil keputusan untuk menghabiskan wang dalam pelaburan. Cara mudah untuk memulakan mendidik diri sendiri adalah dengan memilih beberapa perkara yang sukar untuk difahami dan jadikannya sebagai matlamat anda untuk mempelajarinya. Kini, anda boleh mendapatkan semua maklumat yang anda inginkan melalui laman web yang menyediakan semua maklumat yang anda inginkan secara percuma contohnya, www.imoney.my.
 
Bayar Lebih Untuk Jimat Lebih

Kebanyakkan orang sering menggunakan istilah “bayaran minimum” sebagai alasan untuk mengambil masa mereka untuk melunaskan semua bil-bil atau hutang-piutang yang tertunggak. Sebaiknya anda elakkan dari mengamalkan prinsip berkenaan. Tidak salah sekiranya anda membayar lebih daripada minimun kerana ia dapat membantu anda melunaskan hutang anda dengan lebih cepat dan sekaligus dapat menjimatkan wang anda dengan mengelakkan faedah yang dikenakan. Satu lagi langkah yang boleh anda lakukan untuk menguruskan kewangan adalah dengan melunaskan bayaran pinjaman PTPTN yang tertunggak. Di bawah bajet 2017, kerajaan telah memberikan graduan diskau sehingga 15% untuk menyelesaikan bayaran tertunggak. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran balik secara bulanan melalui potongan gaji atau secara bayaran penuh.
 
Cukai Maksimum

Kini anda tidak perlu menyekat gaya hidup anda kerana di bawah bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melaksanakan pelepasan cukai baru untuk anda membuat tuntutan cukai yang dikenakan setiap tahun.  Pelepasan cukai tahunan bagi cukai gaya hidup adalah RM 2,500 dan ia termasuk bahan bacaan, surat khabar, komputer, peralatan sukan, telefon pintar dan tablet, langganan jalur lebar dan keahlian gimnasium. Pastikan anda simpan resit pembayaran anda.
 
Dapatkan Insurans

Menurut kajian, empat sehingga lima daripada 10 rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans dan di kalangan mereka yang mempunyai insurans tidak mencukupi untuk melindungi orang yang tersayang. Terdapat beberapa jenis insuran dan antaranya ialah:

  1. Insurans Hayat/Nyawa- Membantu untuk memastikan orang yang anda sayangi diberikan kewangan sekiranya anda sudah tiada atau anda kehilangan upaya untuk menyara mereka dari segi kewangan.
  2. Insurans Perubatan- Melindungi anda dari segi kewangan sekiranya anda disahkan menghidap penyakit atau terlibat dalam kemalangan. Insurans ini akan membayar rawatan hospital dan kos rawatan anda agar anda tidak terjerat dengan kadar inflasi perubatan yang semakin meningkat.

 
Buat Kerja Sambilan

Rakyat Malaysia masih dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat walaupun sudah memasuki tahun 2017. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mendapatkan pekerjaan sambilan. Antara pekerjaan sambilan yang boleh anda lakukan adalah pengangkutan seperti UberX dan Grabcar. Dengan hanya bekerja enam kali dan empat jam sehari, anda boleh meraih pendapatan antara RM 2,248 dan RM 2,373.
 
Amalkan Prinsip Seminggu Tanpa Perbelanjaan (atau hujung minggu)

Amalan ini mugkin agak sukar untuk dilakukan namun ia banyak membantu menjimatkan kewangan anda. Cuba amalkan secara perlahan-lahan pada hujung minggu atau sebulan sekali. Anda akan terkejut berapa banyak yang anda boleh jimat jika anda tidak makan di luar atau membeli-belah pada hujung minggu. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan dengan;

  • Menyiapkan bekalan makanan dari rumah
  • Sebaiknya anda mengunjungi galeri seni percuma dan pameran dari membazirkan masa di pusat beli-belah.
  • Kemaskan rumah anda dengan menjual barangan berguna yang anda tidak perlukan lagi.

The post 6 Tip Mudah Untuk Uruskan Kewangan Pada Tahun Baru appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment