5 Tip Memilih Beg Sekolah Untuk Anak

iss_1258_00419

Gambar: INGimage


 
Musim persekolahan bakal bermula tidak lama lagi. Setiap kali mulanya musim persekolahan, pastinya ibu bapa sibuk untuk mempersiapkan anak-anak untuk kembali ke sekolah. Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah dengan membeli beg sekolah. Pemilihan beg sekolah adalah penting untuk memastikan anak-anak anda selesa ketika membawa beg tersebut.
 
Jelita senaraikan lima tips mudah untuk memilih beg sekolah yang sesuai.
 
1. Pilih beg sekolah yang direka untuk membawa buku-buku yang berat tanpa memberikan tekanan ke atas tubuh badan anak anda. Sebaiknya anda memilih untuk membeli beg sekolah dengan rekaan tali bahu yang lebar dan pastikan beg tersebut turut menyediakan tali di bahagian pinggang kerana ia dapat membantu mengimbangkan berat dan mengurangkan sedikit tekanan pada bahagian belakang tubuh anak anda.
 
2. Pemilihan material beg sekolah juga amat penting ketika anda ingin membeli beg sekolah. Beg sekolah yang diperbuat daripada material kanvas adalah lebih ringan berbanding dengan beg sekolah yang diperbuat daripada kulit.
 
3. Penting juga jika anda memilih beg yang ada banyak “compartment”.  Beg jenis ini juga dapat memabntu anak anda untuk mengimbangi berat beg dengan menggunakan semua bahagian beg tersebut dan tidak hanya menggunakan satu bahagian sahaja.
 
4. Selain dari pemilihan beg yang sesuai, anda juga perlu mendidik anak-anak anda untuk menggunakan beg sandang dengan betul. Mungkin ia kedengaran pelik namun ia dapat membantu anak anda kelak. Pastikan anda melatih anak anda untuk menggunakan kedua-dua tali bahu beg dan bukannya sebelah sahaja. Menyandang beg dengan satu tali sahaja mungkin nampak versatil namun ia boleh mencederakan otot bahu dan leher anak anda jika ia dilakukan dengan kerap.
 
5. Akhir sekali, pastikan beg sandang anak anda tidak terlalu berat. Adalah dicadangkan berat beg sandang tidak sepatutnya melebihi 10-15% dari berat badan anak anda. Beg yang melebihi muatan boleh mengakibatkan “nerve compression” dan turut menjejaskan pertumbuhan tulang belakang seperti “rounded shoulders”. Ia juga boleh menyebabkan otot letih dengan cepat.

The post 5 Tip Memilih Beg Sekolah Untuk Anak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment