5 Sebab Kenapa ‘Unrequited Love’ Sebenarnya Baik Untuk Anda

Saya percaya setiap yang terjadi itu pasti ada baiknya walau buat anda yang berada diambang kemurungan.

 

shutterstock_157009424

Gambar : Shutterstock

 

Unrequited love atau cinta tidak terbalas adalah satu momen yang saya percaya ramai mengalaminya. Lagi-lagi diusia muda, bila sudah mula merasa kehangatan cinta dan berakhir dek kerana si dia tidak punya rasa yang sama. Namun tanpa anda sedari hal atau keadaan ini adalah baik untuk anda tanpa anda merasakannya.

 

1. IA MENGAJAR ANDA UNTUK BERHADAPAN DENGAN ‘REJECTION’

Bagi saya ‘unrequited love’ itu adalah salah satu istilah penolakan. Si dia tidak bermaksud untuk menyakiti hati anda, tetapi secara jujurnya dia tidak merasa hal yang sama. Benar, getting turned down for a date stings, tetapi bila cinta anda dilotak, it’s painful. Berhadapan dengan kemelut sebegini bakal mengajar anda untuk lebih mudah berhadapan dengan ‘rejection’ dan menjadikan anda lebih kuat untuk terus kehadapan.

 

2. MEMAKSA ANDA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI

Jika anda rasa anda perlu mengubah diri anda supaya menjadi wanita/lelaki ideal buat si dia anda salah. Stop doing it for them and start doing it for yourself! Di dalam fasa ini anda akan meneroka  bahagian yang kurang dalam diri anda dan memaksa diri untuk menjadi versi yang lebih baik dari sebelumnya, bukan kerana si dia tetapi buat diri anda sendiri.

 

3. FAHAMI APA SEBENARNYA YANG MEMBUATKAN ANDA GEMBIRA

Salah satu cara untuk melupakannya adalah dengan melawan semula dengan perkara yang anda suka. Saya tidak bermaksud dengan sepotong kek, satu sudu ice cream atau ‘stalking’ si dia di facebook, tetapi immerse yourself in hobbies! inilah masa untuk menghabiskan masa bersama teman rapat anda dan melupakan kemurungan dengan memulakan sesuatu perkara yang sudah lama anda idam-idamkan.

 

4. MENJADIKAN ANDA LEBIH BERJAGA-JAGA

Belajar dari kesilapan yang lepas. kali ini anda bakal menjadi lebih berhati-hati sebelum memulakan hubungan dengan seseorang. Anda akan mengenalinya si dia dengan lebih mendalam dan ketahui bahawa si dia memiliki atau menyimpan perasaan yang sama sebelum memulakan hubungan. Ia bakal mengambil sedikit masa tetapi anda tidak akan menyesal di kemudian hari.

 

5. MEMPERBAIKI TAHAP KEYAKINAN DIRI DAN HARGA DIRI

You loved, you lost and you survived! anda akan merasa lebih yakin dan kuat bila cinta anda ditolak. Inilah masanya untuk memperbaiki apa yang kurang, menjadi lebih cantik dan menarik dari sebelum ini. Anda bakal menghargai diri anda di kemudian hari, winning the battle dan bagun semua dari kemelut cinta tidak berbalas menjadikan anda lebih berkeyakinan dan percaya pada diri anda sendiri.

 

Akhir sekali, it’s not the end of the world, mencintai seseorang tidak bermaksud si dia juga mencintai anda semula. Jangan biarkan ia menjadi tekanan dalam diri anda, sebaliknya nikmati kebaikan dalam kemelut ini agar anda dapat memperbaiki diri dan menjadi lebih baik di masa akan datang.

 

The post 5 Sebab Kenapa ‘Unrequited Love’ Sebenarnya Baik Untuk Anda appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment