Suami juga ada perasaan yang harus dijaga. Biarpun dia tidak pernah bersuara namun sebagai isteri anda harus peka mengenainya. Tidak hanya isteri, suami juga perlukan pujian dan perhatian daripada suri hatinya. Setiap kerja keras dan pengorbanan harus diberikan balasan yang setimpal. Tidak perlu hadiah mahal, cukup sekadar kata-kata manis sebagai tanda anda mengucapkan terima kasih.
Lima perkataan ini suami sangat ingin dengarinya:
Saya bertuah mengahwini awak
Sekali sekala ungkapkanlah kata-kata ini. Ia menunjukkan anda benar-benar menghargai dan bersyukur dengan kehadirannya di sisi. Jangan biarkan dia terasa seperti tidak diperlukan atau anda tidak gembira dengannya sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini.
Awak ayah yang baik
Benar dia tidak melahirkan anak dan tidak merasa kesakitan yang pernah dirasai anda. Tetapi berilah pujian terhadap pengorbanannya menjaga anda dan anak. Anda harus berbangga jika si dia sanggup berjaga malam membuat susu untuk si kecil atau rela tidak cukup tidur kerana menjaga anak yang sedang sakit.
Saya suka melungkan masa dengan awak
Jangan sesekali menolak jika suami mengajak anda keluar bersama. Itu bermakan anda lebih penting daripada kawan-kawannya. Luangkan masa untuk mendengar cerita dan luahan hatinya. Sentiasa tersenyum apabila bersamanya. Pasti dia rasa gembira kerana ada isteri yang sanggup menemaninya.
Saya bangga dengan awak
Sesekali berilah pujian kepadanya. Walaupun dia hanya melakukan kerja yang ringan seperti mengemas atau menyapu sampah, anda harus memujinya. Anda cukup bertuah jika mempunyai suami yang sanggup menolong anda membuat kerja rumah. Itu tandanya dia sangat menyayangi anda.
Awak buat saya bahagia
Jika anda mengungkapkan kata-kata ini pasti dia berbangga. Suami mana yang tidak gembira jika isteri bahagia hidup dengannya bukan? Biarpun banyak dugaan yang terpaksa dihadapai dan kadangkala timbul pertengkaran kecil, anda harus terima dengan hati yang terbuka. Itulah sebahagian daripada asam garam kehidupan berumah tangga.
The post 5 Pujian Suami Perlukan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment