5 Kesalahan Yang Menyebabkan Jangka Hayat Gajet Anda Pendek

03c94738

Gambar: INGimage


 
Tahukah anda gajet anda juga mempnyai jangka hayat yang sudah ditetapkan. Jika gajet itu sudah mencapai jangka hayatnya maka ia tidak boleh lagi digunakan. Jangan salahkan gajet anda sekiranya jangka hayatnya hanya mampu bertahan selama setahun setengah. Mungkin anda tidak sedar namun kadang kala cara anda mengendalikan gajet anda merupakan punca utama kenapa jangka hayat gajet anda tidak tahan lama.
 
Jelita senaraikan lima  kesalahan yang sering anda lakukan ketika mengendalikan gajet anda.
 
Cas Bateri Gajet Dengan Kerap

Bateri jenis lithium-ion dan litium-polimer tidak mempunyai kesan memori. Jadi gajet seperti telefon, tablet dan komputer riba perlu dicas semula tanpa perlu menunggu bar bateri jathu kepada sifar.  Oleh itu, untuk meningkatkan hayat bateri gajet anda, anda perlu mengecas gajet anda dengan kerap. Pastikan anda cas semula setiap kali bateri gajet anda mencapai tahap 10-20%. Bagi bateri moden pula, bateri anda tidak akan mengalami sebarang kerosakan walaupun suis charger dibiarkan terpasang. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk terus mengecas gajet anda apabila bateri sudah penuh. Bateri gajet anda tahan lebih lama jika dicas ketika hayat bateri tinggal lagi 40%-80%.
 
Elak Dari Membeli Pengecas Yang Murah

Tidak salah sekiranya anda menghabiskan sedikit wang anda untuk membeli pengecas dari kedai-kedai elektronik yang boleh dipercayai. Mungkin harganya agak mahal tapi sekurang-kurangnya ia mengurangkan risiko jangkan hayat gajet anda menjadi pendek. Elak dari terpedaya dengan jualan kabel yang mengecas dengan cepat kerana ia boleh menyebabkan bateri gajet anda menjadi terlalu panas.
 
Kawal Suhu Gajet.

Perkara ini yang sering dipandang ringan oleh pengguna gajet. Anda perlu kawal suhu gajet anda agar ia tidak terlalu panas. Jika anda menggunakan komputer riba, elakkan dari meletakkan komputer riba di atas riba atau atas katil. Ini kerana komputer riba anda memerlukan pengudaraan untuk mengelakkan pemanasan yang melampau. Pastikan anda tidak terus memasang komputer riba anda ketika berada di dalam bilik yang sejuk, ini kerana gajet anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suhu bilik. Lebih baik sekiranya anda menunggu selama sejam. Suhu rendah juga berbahaya untuk bateri anda. Elakkan dari menggunakan telefon bimbit di luar dalam cuaca sejuk.
 
Elak Dari Menggunakan Gajet Sewaktu Kilat

Tutup dan cabut plug komputer dan internet anda sewaktu ribut petir melanda. Ini kerana semasa ribut petir, peralatan elektrik boleh mengalami gangguan.  Tujuan network filters adalah untuk melindungi peranti anda daripada voltan tinggi namun ia tidak mampu untuk menandingi kuasa kilat yang boleh mencapai beribu-ribu gigavolts.
 
Bersihkan Gajet Dari Sebarang Habuk

Besrsihkan gajet anda dari sebarang debu dan habuk kerana ia akan mengakibat gangguan pada gajet anda. Sekiranya anda suka menyimpan telefon anda di dalam beg, pastikan anda sediakan ruang khas di dalam beg untuk menyimpan telefon bimbit anda. Gajet anda perlu dibersihkan dari sebarang habuk dan debu setahun sekali. Sekiranya anda tidak yakin untuk membersihkan komputer anda sendiri, hantarkan komputer anda ke pusat servis berdekatan.

 

The post 5 Kesalahan Yang Menyebabkan Jangka Hayat Gajet Anda Pendek appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment