5 Aktiviti Berfaedah Sempena Cuti Sekolah

02c86914

Gambar: INGimage


 
Musim cuti persekolahan adalah musim yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Ini kerana pada musim cuti persekolahan anak-anak bebas dari kerja sekolah dan mereka dapat merehatkan mental dan fizikal mereka sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru pada tahun hadapan.
 
Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan anak-anak anda memanfaatkan cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika cuti sekolah. Jelita senaraikan lima aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sempena cuti sekolah ini.
 
Kem Motivasi

Kem motivasi adalah antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem motivasi boleh didapati dalam pelbagai kategori. Ada diantaranya yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pastikan anda memilih Kem motivasi daripada penganjur yang dikenali dan boleh dipercayai keberkesanan programnya supaya anda berpuas hati dengan hasilnya.
 
Kem Ibadah

Aktiviti kerohanian juga baik untuk anak-anak anda. Kem ibadah selalunya dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan Al-Quran dan juga aktiviti pemantapan iman. Malah ada juga kursus pendek bagi melatih anak-anak anda untuk mempelajari teknik menghafal Al-Quran.
 
Belajar ICT

Penggunaan komputer dan teknologi sangat meluas pada masa kini. Jadi sekiranya itu adalah minat anak-anak maka tidak salah untuk menghantar anak-anak anda ke kelas komputer dan mempelajari semua kemahiran teknologi seperti rafik, Suntingan Video, bina laman web, Coding dan membina Apps. Ini boleh membantu anak=anak anda untuk membina kerjaya di masa hadapan.
 
Belajar Berenang

Aktiviti berenang ini adalah amat digalakkan untuk anak-anak anda yang masih belum mahir berenang. Tidak rugi sekiranya anda menghantar anak anda pergi belajar berenang kerana ia boleh dijadikan sebagai aktiviti riadah yang bermanfaat kelak.
 
Membaca

Musim cuti sekolah ini juga boleh dimanfaatkan dengan aktivit membaca. Pilihlah daripada senarai buku yang berkualiti tinggi. Ia dapat menambah ilmu pengetahuan anak-anak dan juga memperbaiki teknik penulisan anak-anak. Sekali gus ia membantu anak-anak ketika menjawab peperiksaan penulisan kelak.

The post 5 Aktiviti Berfaedah Sempena Cuti Sekolah appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment