Gambar: INGimage
Musuh bagi semua wanita ialah memiliki kulit yang bermasalah dan juga apabila kulit tampak lebih tua dari usia sebenar. Ramai wanita yang sanggup berbelanja beratus ringgit untuk menyelesaikan masalah ini. Jelita senaraikan tiga panduan mudah untuk miliki kulit yang cantik dan terserlah seri keremajaannya.
Pupur Menghidrat
Selepas anda selesai membersihkan wajah, gunakaan pupu yang berumusan menghidrat, antipenuaan dan juga emas pada seluruh wajah dan leher. Formula emas dalam pupur itu mengandungi manfaat anti keradangan dan penganjalan kulit di samping mengandungi gliserin yang dapat melembapkan kulit. Kulit wajah anda akan kelihatan lebih anjal dan tampak muda sekiranya kulit anda lembap. Kulit wajah yang kering akan menampakkan usia anda lebih tua dari usia sebenar. Jadi pastikan wajah anda sentiasa lembap.
Pencerahan Di Bahagian Mata
Mata juga memainkan peranan penting pada kecantikan kulit wajah anda. Oleh itu, anda harus pastikan garis-garis halus dan sembap di bawah mata anda hilang sepenuhnya. Anda boleh mengggunakan pupur lekap yang menyejukkan. Cuba pupur wajah yang kaya dengan asid hialuronik dan kafein yang dapat membantu menyurutkan sembap dan akan membuatkan mata anda kembali segar dengan serta-merta. Tanggalkan pupur muka selepas 10 hingga 15 minit dan urut lembut lebihan serum pada kulit agar anda mendapat manfaat maksimum daripadanya.
Seri kepada kulit
Selepas anda menggunakan pelembap dan sebelum anda bersolek, pastikan anda sapukan highlighting cream pada tulang pipi, tulang kening, sisi dahi dan batang hidung untuk mencipta cahaya yang akan kelihatan semula jadi di bawah solekan anda nanti. Cara ini dapat membantu wajah anda kelihatan berseri dan inilah seri yang diimpikan oleh setiap wanita.
Sumber: Cosmopolitan
The post 3 Panduan Mudah Untuk Kulit Cantik appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment