Bintik merah atau jerawat musuh utama wanita. Ia menyerang wajah bila -bila sahaja. Hadirnya pada wajah mengundang seribu keresahan kerana ia boleh mencacatkan penampilan anda. Ia boleh dicegah dan dirawat jika anda tahu cara penjagaan yang betul. Namun, jika wajah anda ditumbuhi jerawat yang teruk sehingga mengakibatkan kesakitan, anda dinasihatkan untuk rujuk kepada yang pakar.
Ada yang takut untuk merias wajah tatkala ditumbuhi jerawat kerana dikhuatiri ia akan merebak dan menjadikannya lebih sensitif. Namun, jika anda biarkan wajah itu polos tanpa sebarang calitan mekap, wajah anda akan terlihat pucat dan tidak berseri. JELITA kongsikan beberapa tip solekan yang ringkas agar anda masih boleh kelihatan manis berseri biarpun wajah ditumbuhi bintik merah itu.
Bedak Asas
Gunakan bedak asas yang bertekstur ringan. Jangan gunakan bedak asas yang bersifat full coverage kerana ia akan membuatkan kulit tidak bernafas dan menutup liang pori. Anda juga boleh mencuba menggunakan BB Cream atau CC Cream yang lebih ringan teksturnya. Anda disarankan untuk menggunakan BB Cream atau CC Cream yang mengandungi kandungan Vitamin C atau Vitamin E kerana ia boleh merawat kulit anda yang sedang sensitif itu.
Bedak Tabur
Sebaiknya, alas wajah dengan aplikas bedak tabur. Kerana ia lebih ringan dan tidak ‘memberatkan’ wajah.
Pembayang Mata
Warnakan kelopak mata dengan rona yang lembut seperti coklat, pic dan merah jambu. Selain itu, riasan mata yang lebih berat dan tebal juga disarankan kerana ia akan mengalih perhatian daripada memandang pipi yang ditumbuhi jerawat itu.
Pemerah Pipi
Elakkan daripada menggunakan pemerah pipi daripada tekstur krim kerana ia akan menutup liang pori dan kulit tidak bebas bernafas. Sebaiknya, gunakan pemerah pipi daripada tekstur debu kerana ia lebih ringan.
Selain itu, anda juga harus:
- Elakkan daripada mencuci wajah terlalu kerap.
- Gunakan pembersih wajah yang mengadungi bahan khusus untuk merawat jerawat seperti tea tree, dan aloe vera.
- Jangan tidur dengan wajah masih berbaki sisa solekan.
The post Tip Rias Wajah Yang Berjerawat appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment