Gambar: Instagram Lufya Omar
Pelakon dan penyanyi , Lufya Omar, memilih tanggal 26 November ini sebagai tarikh mengakhiri zaman bujangnya bersama tunang, Dr Che Muhammad Hafiz.
Pasangan itu akan melangsungkan majlis resepi pada hari yang sama, Kedua-dua majlis, akad nikah dan bersanding, bakal diadakan di ibu kota.
Menurut Lufya kepada BH Online, dia dan tunangnya akan berkahwin pada 26 November ini dan mereka juga sibuk mengedarkan kad kahwin sejak hujung bulan lalu.
Menurut bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu lagi, bagi majlis pernikahannya, dia akan mengenakan gaun moden manakala tunangnya pula berbaju melayu.
Tambahnya lagi, bagi majlis resepsi, pasangan itu akan menggayakan busana yang cukup istimewa dan ingin menjadikan busan itu sebagai kejutan pada majlis itu nanti.
Lufya juga masih sempat turun padang untuk mempromosikan drama terbaru lakonannya walaupun dia sedang sibuk menguruskan perkahwinannya. Lufya digandingkan bersama Amar Asyraf dan Shah Iskandar dalam drama terbaru, Umairah yang kini menemui penonton menerusi slot Samarinda di TV3.
Tambah Lufya lagi, bakal suaminya juga itdak pernah menghalangnya daripada meneruskan minat dalam lakonan selepas berkahwin nanti.
Gambar: Lufya Omar Instagram
The post Tanggal 26 November Jadi Tarikh Kahwin Lufya Omar appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment