Soo Wincci Terima PhD Selepas 6 Tahun

Akhirnya Soo Wincci berjaya menggenggam Ijazah PhD dalam bidang Pengurusan Perniagaan setelah enam tahun.

 

KUALA LUMPUR 31 OCTOBER 2016. Penyanyi, Dr Soo Wincci bergambar selepas menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang diadakan di PWTC. NSTP / MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Gambar : NST

 

Penyanyi ini menyatakan yang dirinya sangat berbangga akan pencapaian yang dia dapat sekarang ini kerana baginya ilmu itu sangat penting bagi setiap orang tidak kira dalam kerjaya apa sekali pun.

 

“Saya berbangga akhirnya dapat menghabiskan pengajian selama enam tahun biarpun ada satu tahap saya rasa hampir putus asa. Ramai juga menganggap saya gila kerana terlalu kuat bekerja dan membahagikan dalam pelbagai bidang. Saya harap dengan ijazah kedoktoran ini dapat menjadi inspirasi kepada lain yang mahu menyambung pengajian mereka semula,” ujar Wincci kepada M Star Online.

 

Bahkan, Wincci juga pernah mengalami pengalaman di mana projek tesis miliknya dibuang ke dalam tong sampah dek kerana tidak diterima pensyarah. Setelah dirinya dimaklumkan lulus dan akan boleh bergraduasi semalam, air matanya terus mengalir gembira yang tidak terkira. 

 

Menerusi pencapaian dalam akademik terebut, Wincci juga menerima pengiktirafan sebagai Ratu Cantik Malaysia pertama yang menerima PhD di dalam Malaysia Book of Records.

 

Wincci hadir untuk sesi konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sebelum ini, Wincci pernah mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Reading, United Kingdom serta Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine Coast, Queensland, Australia.

 

Penyanyi dan model ini juga menyatakan yang usaha dia dalam bidang akademik tidak akan putus kerana dia akan lebih aktif memberi ceramah di sekolah atau program akademik. Dia juga merancang untuk menjadi pensyarah separuh masa di universiti tersebut.

The post Soo Wincci Terima PhD Selepas 6 Tahun appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment