Saya Sedang Mengenali Seseorang- Ummi Nazeera

ummi

Gambar: Instagram Ummi Nazeera


 
Pada awal September lalu, pelakon, Ummi Nazeera telah membuat pengakuan bahawa dia kini sedang dalam proses perkenalan dengan seseorang yang diperkenalkan oleh keluarga. Namun setakat ini, Ummi belum bersedia untuk berkongsi selebihnya.
 
Bagi Ummi, dia lebih selesa untuk berdiam diri untuk sesuatu yang tidak pasti daripada terus bercerita tentang hal yang berkaitan soal hati dan perasaan. Ummi tidak begitu terbuka untuk berkongsi tentang perhubungan yang belum pasti pengkahirannya.
 
Tambah Ummi dalam satu temubual bersama Utusan Online, setakat ini tiada apa yang ingin dia kongsikan dan seeloknya dia tidak bercerita lebih kerana tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
 
Mengenai perkembangan perkenalannya dengan seorang lelaki, Ummi mengucapkan syukur kerana hubungan antara mereka berdua berjalan dengan baik. Lari dari topik peribadi, Ummi lebih teruja untuk berkongsi kisah perniagaan yang akan dijalankan pada tahun hadapan.
 
Mewarisi bakat perniagaan dari ibu dan bapanya, Umii akui mahu terlibat dalam bidang yang sama dan kesibukannya sebagai pelakon bukan penghalang Ummi untuk mengikut jejak langkah orang tuanya.
 
Bicara soal perniagaan, Ummi memilih untuk menjalankan perniagaan kosmetik kerana ia lebih dekat dengan jiwanya. Bagi Ummi, lahir dalam keluarga yang menjalankan perniagaan membuatkan dia sendiri tidak mahu melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam bidang yang sama dan dia tidak akan memilih salah satu daripadanya.

The post Saya Sedang Mengenali Seseorang- Ummi Nazeera appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment