Pilih denim ikut tubuh badan

Siapa penggemar setia seluar denim? Kalau gemar sahaja tak cukup, kenalah ambil tahu bagaimana mahu menggayakan seluar anda mengikut kesesuaian bentuk badan anda. Sekiranya panduannya diikuti, penampilan anda sudah pastinya tampil lebih menawan. Jom tengok yang mana sesuai untuk anda!

1. Bentuk EPAL
Image result for bentuk badan buah apel
Ciri-ciri : 1. Bahu lebar
                      2. payudara yang besar.
                      3. Pinggul kecil dan bentuk pinggang tidak ketara
Denim ‘Boot Cut’ adalah item selamat untuk bentuk badan jenis ini. Potongannya memberi keseimbangan pada bentuk tubuh seperti ini. Guna denim berwarna gelap sekiranya anda mempunyai peha yang besar manakala warna cerah untuk peha yang lebih kecil
2. Bentuk PEAR
Image result for bentuk badan buah apel
Ciri-ciri: 1. Pinggul dan paha yang lebar.
                2. bahu dan payudara yang kecil.
                3. bahagian bawah tubuh lebar
‘Boot Cut’ juga sesuai dipakai untuk yang bertubuh bentuk pir kerana bahagian bawah denim yang lebar membantu mengimbangi pinggul dan paha yang lebar. Pilihan lain ialah seluar ‘Flare’ atau  yang berpotongan lurus yang akan dapat memberi ilusi  tinggi si pemakai.
3. Bentuk HOURGLASS
086832400_1440746401-stripes1
Ciri-ciri: 1. Bentuk tubuh, payudara dan pinggul yang sama lebar.
                 2. Pinggang lebih kecil
Untuk mengimbangi pinggul yang lebar, potongan ‘Boot Cut’ atau ‘Wide Leg’ boleh membantu anda. Selain memberi ilusi lebih tinggi, ia juga boleh mengimbangi pinggul yang lebar.
3. Bentuk STRAIGHT
b3093504bd1564c23ee9942eeab1e982-crop
Ciri-ciri : 1. Bentuk tubuh ini  seperti lelaki yang
                 2. Tidak mempunyai lekuk pinggang yang begitu ketara
                 3. Pinggul dan payudara yang kecil.
Seluar berpotongan ‘Low Rise’ atau berpinggang rendah menaikkan aura si pemakai. ‘Skinny jeans’ juga boleh menonjolkan bahagian pinggul dan membuatkan kaki kelihatan lebih panjang.
Sumber gambar: Google

The post Pilih denim ikut tubuh badan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment